Jika anda seorang yang gemar menonton filem bersiri dalam laman Netflix, anda pasti tahu tentang betapa banyaknya filem bersiri yang dipaparkan sehinggakan kadang-kala, kita tidak dapat membuat keputusan manakah yang perlu ditonton terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, kami yakin anda semua tahu bahawa siri Terminator pastinya menandingi kesemua filem bersiri yang pernah dipaparkan.

Kredit: Orion Pictures

Mana tidaknya, filem Terminator mempunyai segala-galanya yang anda mahukan, dari mantan Mr Universe, aksi kejar-mengejar, robot dan beberapa jumlah aksi tembak-menembak yang mendebarkan.

Selain itu, siapa sahaja yang tidak tahu dialog terkenal dari siri ini? “Saya akan kembali” (I’ll be back) sudah cukup terkenal di seantero dunia.

Dan selepas 27 tahun, Arnold Schwarzenegger telah memutuskan untuk bergandingan dengan Sarah Connor – ya, Linda Hamilton bakal kembali dalam filem Terminator pada usia 62 tahun. (Dan jika anda terlupa, ingatlah bahawa Arnie sendiri sudah berumur 71 tahun sekarang!)

Mereka akhirnya kembali. Ya, kami sedang berkata benar!

Untuk menandakan peristiwa yang istimewa ini, disamping dengan ulang tahun kelahiran Linda, Arnie telah memuat naik gambar mereka berdua di media sosialnya.

Kredit: Arnold/Twitter

Pelakon Herculean itu berkongsi dua foto pasangan itu di halaman Twitternya; satu gambar dirakamkan pada tahun 1991 dari set Terminator 2 dan gambar yang kedua adalah dari set filem baru, yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Pasangan ikonik ini pada asalnya berganding bahu membintangi filem yang sama pada tahun 1984 di mana Arnie memainkan watak cyborg yang tidak henti-henti berusaha untuk membunuh Sarah Connor.

Mereka kemudiannya mendapat ‘pusingan’ peranan mereka dalam sekuel filem berkenaan, yang menyaksikan Arnie mula berubah ke arah watak yang baik, di mana dia berusaha sebaik mungkin untuk melindungi Sarah dari T1000 yang dimainkan oleh Robert Patrick.

Kredit: Orion Pictures

Pada filem yang seterusnya ini meletakkan Hamilton kembali ke francais pecah panggung selepas kecundang menerusi filem keempat, Salvation 2009.

Filem ini akan menjadi filem kelima dalam siri ini yang dibintangi oleh Arnie, disamping Tim Miller dari Deadpool, dan kami tidak dapat menolak bahawa filem ini benar-benar menunjukkan tanda-tanda yang positif.

Di samping dengan bintang-bintang hebat yang digandingkan dalam filem ini, kita juga akan melihat beberapa ‘muka’ baharu, termasuklah Mackenzie Davis, Diego Boneta, Gabriel Luna dan Natalia Reyes.

Kredit: Lad Bible

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds