Bagi yang pernah berasa susah kerana ketiadaan punca pendapatan dan wang, anda mungkin pernah mengalami situasi ini pada satu ketika dahulu, iaitu mengorek tabung sambil mengira duit syiling atau membongkar tas tangan dan dompet yang ada dengan harapan dapat mencukupkan wang untuk membuat pembayaran ke atas barangan atau keperluan lain. Saat sukar bagi mereka yang pernah mengalaminya sahaja, yang akan memahami.

Seorang pemuda bernama Carlos Davis yang bekerja sebagai pelawak, sedang berada di stesen minyak bersama rakan-rakannya apabila melihat seorang wanita separuh umur sedang mengisi petrol berdekatan kenderaan mereka. Carlos sememangnya seorang yang lucu tetapi juga berhati sensitif dan belas kasihan apabila memerhatikan kelakuan tidak kena wanita ini.

Kredit : Carlos Haha Davis /Twitter

Salah seorang rakan Carlos terlihat seorang wanita sedang terkial-kial dan kelihatan bersedih apabila membongkar dompetnya untuk membayar petrol yang telah diisi. Dia kemudian memberitahu rakan yang lain termasuk Carlos. Carlos memerhatikan wanita itu sedang mengira duit syilingnya.

Kata hati Carlos merasakan wanita ini mungkin sedang mengalami masalah tetapi tidak mengetahui puncanya. Jadi dia dan rakannya dengan segera telah turun dari kenderaan mereka dan membuat keputusan untuk mengetahui situasi sebenar sambil memegang wang kertas di tangannya.

Carlos dan rakannya telah mendekati wanita yang sedang mengalami kesusahan ini dan terus menghulurkan wang kertas di tangannya. Mereka merakamkan interaksi bersama wanita ini tanpa mengetahui bantuan kecil mereka itu akan memberi kesan yang besar kepada wanita ini.

Kredit : Carlos Haha Davis /Twitter

Carlos menawarkan wangnya untuk membayar harga petrol itu, dan wajah wanita ini terus berubah dengan menjadi lebih kebingungan. Carlos berkata kepadanya, “Ambil wang ini puan, ini wang pencarian kami yang sah dan jujur. Kami hanya mahu membantu puan.”

Wanita ini dengan wajah yang sedih terdiam seketika sambil berfikir untuk menuturkan kata-kata. Akhirnya dia bersuara dan menceritakan kisahnya, “Suami saya baru sahaja meninggal dunia seminggu yang lalu. Kami tidak pernah terasa sesusah ini sebelum ini. Saya tidak pernah meminta-minta daripada orang lain. Saya pun tidak meminta pertolongan kamu…”

Kredit : Carlos Haha Davis /Twitter

Mata wanita ini kelihatan bengkak seperti sudah menangis terlalu lama. Dan kali ini dia menangis lagi apabila menerima bantuan Carlos. Rakan Carlos yang berada di sebelah wanita ini berasa amat sebak sehingga tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir selepas mendengar kisah wanita ini, dan terus memeluknya.

Carlos juga memeluknya dan kemudian berkata, “Tidak mengapa. Kami sayangkan kamu. Wang ini untuk puan, terimanya…”

Carlos dan rakan-rakannya yang baik hati meminta wanita ini menerima wang mereka dengan berkata ‘jiwa yang baik perlu menjaga satu sama lain’. Apabila wanita ini bertanya bagaimana Carlos dan rakan-rakannya tahu dia sedang mengalami kesukaran dan masalah, Carlos menjawab mereka melihatnya mengisi petrol dan mahu membayar dengan duit syiling, satu petanda ada yang tidak kena di situ.

Kredit : Carlos Haha Davis /Twitter

Wanita ini kemudian berkata dia percaya Tuhan sentiasa melindungi dan memerhatinya, dalam masa baik dan juga sukar. Dan Carlos juga bersetuju dengan berkata, “Ya, Tuhan sememangnya sentiasa memerhatikan kamu.”

Ramai netizen menonton rakaman video menyentuh hati ini di Twitter, sambil memuji sikap murni Carlos dan rakan-rakannya yang sanggup membantu golongan yang sedang mengalami kesukaran hidup dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Seorang netizen memberi komen, “Saya berharap anak lelaki saya akan membesar menjadi seperti anak-anak muda yang baik hati ini.”

Tonton rakaman video yang akan membuat air mata anda mengalir di bawah.

Kredit : Carlos Haha Davis / Twitter

Sumber : Carlos Haha Davis / Twitter , FaithTap

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds