Kejadian yang menyentuh perasaan berlaku pada 4 November yang lalu di mana seorang jururawat membantu seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Danga Bay, Johor. Beberapa gambar menunjukkan seorang jururawat sedang membantu lelaki yang cedera itu menjadi tular di halaman Facebook.

Kredit: Tok Mat

Gambar asal yang telah dimuat naik dan dikongsikan dalam kumpulan Facebook oleh seorang pengguna bernama Tok Mat dan gambar-gambar ini kemudian disiarkan semula oleh Siakap Keli. Menurut kongsian itu, jururawat, Nur Syuhadah, dari Unit Neurosurgeri Hospital Johor dilihat menunggu dan menenangkan lelaki yang terlibat dalam kemalangan tersebut sehingga ambulans tiba.

Kredit: Tok Mat

Kredit: Tok Mat

Waktu kerja shif malamnya di hospital telah berakhir dan beliau sedang dalam perjalanan pulang dari kerja. Ketika itulah beliau melihat seorang lelaki yang cedera duduk di tepi jalan. Walaupun keletihan dari kerja, beliau memberhentikan keretanya di tepi jalan dan tetap menjalankan tugasnya dan tanggungjawab sebagai jururawat.

Kredit: Tok Mat

Sekiranya bukan kerana beliau membantu dan menyekat lalu lintas di jalan raya,  mungkin pekara lebih teruk akan terjadi pada mangsa ketika itu.

Kredit: Tok Mat

Tindakan jururawat tersebut patut diberi pujian kerana dengan rasa tanggungjawab, beliau mengenepikan soal penat beliau dengan memberhentikan keretanya untuk membantu mangsa kemalangan yang memerlukan bantuan ketika itu.

Sumber: Tok Mat/Facebook, World of Buzz, Siakap Keli/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds