Bekas juara Fear Factor Malaysia, Mohd Redha Rozlan atau lebih dikenali sebagai Mat Redho menjulang nama Malaysia di Perth, Australia apabila menjuarai saingan Ninja Challenge League 2018 (NCL) selepas menewaskan 95 peserta lain pada 5 November yang lalu.

Kredit: matredho

Mat Redho dinobatkan sebagai juara selepas mengungguli pentas akhir dengan melepasi kesemua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat.

Kejuaraannya itu dikongsikan sendiri olehnya di akaun Instagram miliknya.

“Tak pernah aku lupa bawa jalur Gemilang ini kemana-mana… walaupun kecil tapi berat beban nak galas… Alhamdulillah podium,” tulisnya di IG miliknya.

Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi selepas sekadar menduduki tempat kelapan pada peringkat kedua, pakar teknologi maklumat berusia 30 tahun itu jauh mengatasi pemenang tempat kedua Jake Murray dengan perbezaan masa 10 saat.

Kredit: matredho

Malah, Mat Redho muncul satu-satunya peserta yang berjaya menghabiskan semua rintangan di pentas akhir sekali gus melayakkan dia memenangi anugerah ‘Last Man Standing’ ketika Murray gagal menghabiskannya.

Beliau mengucapkan syukur terutamanya kepada isteri dan anaknya yang sentiasa memberi semangat serta menyokong perjuangannya selama ini. Mat Redho juga menyebut bahawa beliau tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan tajaan luar.

Kredit: matredho

“Alhamdulillah, setakat ini sahaja yang saya mampu.  Terima kasih pada isteri yang selalu teman dan jerit sambil dukung anak kami.

“Kami ada tabung sendiri untuk keluar negara… macam biasa… kalau nak ke pertandingan luar pasti pecah tabung punya… dalam masa sama tak pernah pun putus asa cuba nasib untuk ditaja,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, beliau juga pernah menyertai American Ninja Warrior Musim ke 9 dalam kumpulan Asia, Sasuke Asean Cup 2014 dan Sasuke Vietnam 2016, 2017 dan 2018.

Bagaimanapun dengan kejayaan terbaru itu, rata-rata ramai netizen melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi itu telah membanggakan rakyat Malaysia.

Keluhan netizen supaya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi perhatian keatas pencapaian hebat Mohd Mat Redho akhirnya mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan itu.

Menerusi kenyataan di laman Twitter miliknya, Syed Saddiq berhasrat mencalonkan atlet sukan ekstrem berusia 30 tahun itu sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.

Sumber: Astro Awani, New Straits Times, Berita Harian

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds