Semua orang sangat suka melihat anak kucing, anak anjing, bayi, anak burung dan sebagainya. Kesemuanya kelihatan sangat comel dan meskipun tidak mampu berkata-kata, gelagat mereka tetap menghiburkan kita semua.

Dalam artikel ini, kami akan memaparkan sejenis haiwan yang bukan sahaja memiliki rupa paras comel ketika kecil tetapi juga gelagatnya yang mencuit hati!

Ini adalah malamute, sejenis baka anjing dari Alaska yang seringkali disalah tafsir seperti anjing Husky. Walaupun kelihatan sama, kedua-dua spesies anjing ini adalah daripada jenis baka yang berbeza…

Malamute dewasa sememangnya dianggap sebagai haiwan yang gagah perkasa dan ganas. Namun, jika anda tahu bagaimana rupa malamute ketika kecil, anda pasti akan cair hati dan terhibur melihat kecomelan semula jadi yang dimiliki oleh haiwan ini.

Ketika kecil, malamute dilahirkan dengan kaki yang pendek ekornya bergulung dan telinganya juga bersaiz comel.

Di samping itu, ketebalan bulu malamute juga membuatkan haiwan gebu ini seringkali ‘menggeramkan’ sesiapa sahaja yang melihatnya!

Apa sahaja yang dilakukan oleh malamute comel ini pasti akan mengundang gelak tawa dan menghiburkan anda di hari yang suram ini.

Melihat mereka berlari-lari membuatkan anda menyangka mereka seperti bebola bulu yang melantun-lantun di atas jalan!

Sungguh comel dan menggeramkan. Kalau boleh peluk, dah lama admin peluk haiwan yang gebu ini… Berbeza sungguh rupa mereka ketika kecil dan dewasa.

Kredit: Viral Paws/Youtube

Sumber: CocomyViral Paws/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds