Malaysia Football League (MFL) telah memohon maaf di atas kesilapan selepas ramai pihak mengkritik kualiti trofi yang diberikan kepada penerima anugerah di majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 yang berlangsung baru-baru ini.

Kredit: YouTube

Anugerah gilang-gemilang yang diadakan bagi meraikan pemain-pemain bola sepak liga tempatan ini menjadi bahan jenaka netizen apabila trofi yang diberikan kepada para pemenang dikatakan tidak berkualiti dan bertaraf seperti ‘majlis pemberian pingat di sekolah rendah’.

Bukan itu sahaja, beberapa portal turut melaporkan bahawa salah satu trofi yang dimenangi oleh pemain JDT, Muhammad Safawi Rasid dikhabarkan patah sebaik sahaja majlis berakhir.

Kredit: Astro Awani

Bagaimanapun, MFL mendakwa bahawa terdapat kesilapan di dalam tempahan trofi yang telah dibuat dan trofi yang diberikan kepada semua pemenang ABK pada tahun ini tidaklah seperti yang dipersetujui oleh Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“MFL telah mengenal pasti kakitangan yang telah membuat kesilapan dalam pesanan untuk membuat trofi tersebut dan dia cuba untuk menutup perkara tersebut tanpa sebarang maklumat yang diberitahu kepada pihak pengurusan MFL.”

Kredit: Jiwa Bola Sepak

“MFL memohon maaf kepada semua pemenang dan juga komuniti bola sepak Malaysia di atas insiden yang tidak mencerminkan matlamat, visi dan piawaian MFL dan Tunku Pengerusi kami yang sangat menekankan standard dan kualiti dalam semua aspek,” memetik kenyataan rasmi pihak MFL menerusi Facebook.

Bagi menangani isu ini daripada terus dikritik, pihak MFL turut berjanji akan menggantikan trofi yang telah dimenangi agar bersesuaian dengan standard dan kualiti yang ingin ditonjolkan.

Kualiti trofi ABK pada tahun 2016 dan 2017

Kredit: Football Malaysia LLP

Malah, tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden memalukan ini turut akan diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi pada masa hadapan.

“MFL akan lebih baik pada masa hadapan.”

Sumber: Astro AwaniFootball Malaysia LLP

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL SUKAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds