Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN merupakan skim pinjaman yang diberikan oleh kerajaan kepada mana-mana individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Selain daripada promosi tahunan yang seringkali ditawarkan oleh PTPTN, terdapat pelbagai lagi kaedah untuk peminjam membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN. Ada yang membayar secara atas talian, menerusi penolakan secara terus daripada gaji dan terbaru, anda sebenarnya boleh membayar semula pinjaman di kedai serbaneka 24 jam iaitu 7-Eleven!

Ya, caranya mudah sahaja. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan 7-Eleven berdekatan dan membuat pembayaran PTPTN secara tunai dengan kadar serendah RM10 sahaja…

Namun, sebelum anda melakukan sebarang pembayaran melalui kaedah yang mudah ini, anda haruslah melengkapkan langkah-langkah di bawah:

Langkah 1 : Layari laman sesawang PTPTN dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Kemudian, tekan butang ‘Cari’.

Kredit: PTPTN

Langkah 2 : Tekan butang ‘Teruskan’

Kredit: PTPTN

Langkah 3 : Isikan butiran anda dan klik ‘Pembayaran’

Kredit: PTPTN

Langkah 4 : Cetak atau ambil gambar bukti pembayaran

Kredit: PTPTN

Langkah 5 : Pergi ke premis 7-Eleven terdekat untuk membuat pembayaran

Kredit: 7-Eleven

Kini, membayar hutang PTPTN menjadi jauh lebih mudah dengan adanya kaedah baharu ini. Tiada lagi sebab untuk anda menangguhkan pembayaran kerana pihak PTPTN menerima bayaran terendah iaitu RM10 dan ini sudah tentu tidak akan membebankan anda!

Sumber: World of BuzzPTPTN

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds