Selama beberapa dekad, muzium di seluruh dunia telah menarik ramai pengunjung yang mempunyai minat dalam bidang seni, sejarah, dan budaya.

Tetapi, di sebuah muzium di Jepun, mereka mempunyai dua ekor pelawat yang begitu teringin untuk menikmati seni di negara itu. Dua ekor kucing berkenaan sudah beberapa tahun cuba untuk memasuki Muzium Seni Bandar Hiroshima Onomichi.

Menurut artikel oleh SoraNews 24, kucing-kucing berkenaan telah cuba memasuki bangunan itu sejak muzium itu mengadakan pameran fotografi kucing pada tahun 2016.

Kredit: mukusuke/Twiter

Sejak pameran itu dilangsungkan, kedua-dua ekor kucing itu sudah mula tertarik dan mahu melawat muzium berkenaan. Tetapi malangnya, kedua-duanya dihalang untuk masuk ke muzium oleh pengawal keselamatan muzium di pintu masuk.

Kredit: mukusuke/Twitter

Setahun kemudian, kucing yang sama datang semula untuk mencuba nasibnya sekali lagi. Namun, rupa-rupanya nasibnya masih lagi sama. Kucing itu tetap dihalang untuk masuk ke dalam muzium.

Kredit: bijutsu1/Twitter

Kredit: bijutsu1/Twitter

Gambar ini menunjukkan bagaimana kucing itu duduk di hadapan pintu masuk ke muzium, mungkin sedang merancang percubaan yang seterusnya. Nampaknya, kucing ini benar-benar cintakan seni!

Kredit: bijutsu1/Twitter

Kredit: bijutsu1/Twitter

Mungkin setelah melihat kegagalan kucing berwarna hitam itu, seekor lagi kucing berwarna jingga bernekad untuk terus masuk ke dalam muzium berkenaan.

Kredit: bijutsu1/Twitter

Dengan keberanian, kucing itu melangkah ke arah muzium.

Kredit: bijutsu1/Twitter

Kredit: bijutsu1/Twitter

Tidak. Percubaannya juga menemui kegagalan.

Tetapi, sekurang-kurangnya, pengawal keselamatan yang mesra telah menghiburkan perasaannya dengan memberikannya usapan yang penuh dengan kasih sayang sebelum menghantarnya jauh dari pintu utama muzium.

Kredit: bijutsu1/Twitter

Sejak kejadian itu, kedua-dua ekor kucing itu telah menjadi terkenal dan tular di internet. Oleh itu, pihak muzium memutuskan untuk menghasilkan barangan cenderahati untuk mewakili kedua-dua ekor kucing itu.

Kredit: bijutsu1/Twitter

Kredit: bijutsu1/Twitter

Berikutan dari lawatan kerap yang dilakukan oleh kucing-kucing itu, mereka telah dinamakan Ken atau Ken Chan (kucing berwarna hitam) dan Gosaku atau Go-Chan (kucing berwarna jingga).

Kredit: bijutsu1/Twitter

Walau bagaimanapun, kami masih tidak pasti sama ada kucing-kucing itu telah dibenarkan masuk ke dalam muzium atau tidak.

Sumber: SAYSbijutsu1/TwitterSoraNews 24

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds