Sempena dengan Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan & Pengkuatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan tentang diskaun 50% yang diberikan bagi setiap saman trafik yang diterima.

Oleh itu, jika anda mempunyai saman lama yang masih belum dibayar, maka anda boleh membayar saman tersebut bermula pada hari 7 November sehingga 9 November dari jam 8:30 pagi hingga jam 4:30 petang untuk menikmati diskaun yang ditawarkan.

Kredit: Roslin Mat Tahir/NST

Diskaun 50% bagi saman ini hanya sah ditawarkan jika pengguna membuat bayaran di dua lokasi sahaja, iaitu Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur atau di TM Point Bukit Raja, Jalan Meru, Klang pada masa dan tarikh yang ditetapkan seperti yang telah dinyatakan.

Walau bagaimanapun, pengguna diingatkan bahawa 5 jenis saman yang berikut adalah TIDAK SAH bagi diskaun 50% yang ditawarkan:

1. Saman Kemalangan Tahun Semasa

2. Saman Berstatus NC

3. Saman Berstatus Waran Tahun Semasa

4. Saman Dalam Perbicaraan

5. Saman Berkaitan Lori

Kredit: Buletin Online

Semakan saman boleh dilakukan di mana-mana Balai Polis Trafik atau menerusi laman MyEG Services atau Rilek e-Services. Tiada caj yang akan dikenakan untuk mana-mana semakan saman.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds