Ada di antara kita yang memakai pakaian sambil menimbulkan persoalan di dalam hati dan fikiran sama ada boleh memakainya sekali lagi sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh. Tidak semua orang rajin dan dengan mudah mengetahui peraturan membasuh pakaian. Sebagai contoh, pakaian dalam perlu dibasuh setiap hari kerana ia menyerap cecair badan dan mengumpul kuman serta bakteria.

Di bawah adalah senarai bahagian pakaian yang boleh dikitar semula atau dipakai semula sebelum anda perlu membasuhnya secara mandatori.

#1. Jangan sesekali memakai semula seluar dalam.

Kredit : salamander_80 / Instagram

Seluar dalam perlu dibasuh setiap hari selepas dipakai. Satu peraturan yang mudah kerana ia melibatkan kebersihan diri.

#2. Jeans : selepas 5 hingga 6 kali pakai.

Kredit : harleydavidsonofdallas / Instagram

Bagi sesiapa yang mementingkan kebersihan, jeans juga sepatutnya dibasuh selepas setiap kali pakai. Tetapi nombor optima jeans itu masih boleh dipakai ialah 5 hingga 6 kali. Selepas itu ia wajib dibasuh.

#3. Baju- T : selepas satu kali pakai.

Kredit : kyliejenner / Instagram

Baju-T menyerap peluh dan akan menjadi kotor dengan cepat. Anda perlu membasuhnya selepas sekali memakai. Kecuali apabila memakai baju-T untuk jangka masa kurang dari satu jam, anda boleh mengulang pakainya.

#4. Gaun : selepas satu hingga dua kali pakai.

Kredit : irinashayk / Instagram

Anda tidak perlu kerap membasuh gaun kerana ia akan merosakkan fabrik dan warna. Akan tetapi, sekiranya anda memakai gaun dalam cuaca yang panas, ia perlu dibasuh selepas satu atau dua kali memakainya.

#5. Bra atau coli : selepas 3 hingga 4 kali pakai.

Kredit : angelcandices / Instagram

Jika coli tidak menyerap peluh, anda boleh memakai semula sehingga 4 kali. Ini tidak termasuk coli atau bra sukan yang perlu dibasuh selepas setiap kali pakai.

#6. Stoking dan ‘tight’ : selepas sekali pakai.

Kredit : washed_up_goalie / Instagram

Stoking dan ‘tight’ menyerap peluh dengan cepat dan mengumpul bakteria lalu akan membuat kaki berbau. Oleh itu, ia perlu dibasuh selepas setiap kali pakai.

#7. Pakaian sukan : selepas sekali pakai.

Kredit : victoriasecret / Instagram

Pakaian sukan bukan pakaian bagi si pemalas, kerana ia perlu dibasuh selepas setiap kali pakai. Peraturan yang amat mudah untuk difikirkan, pakaian sukan mengumpul segala peluh dan bakteria, jadi ia perlu dibasuh dengan segera selepas pakai.

#8. Pakaian tidur : selepas 3 hingga 4 kali pakai.

Kredit : panche.sleepwear / Instagram

Baju tidur yang berbau busuk akan mengganggu tidur anda. Bagi mendapatkan tidur yang baik dan aman, anda perlu membasuh baju tidur setiap hari. Akan tetapi, jika anda terlalu penat sehingga tiada masa membasuh baju tidur, anda boleh memakainya sehingga maksima 4 kali kitar semula.

#9. Kasut : apabila telah menjadi kotor.

Kredit : andrzej_descours / Instagram

Cuci kasut anda apabila ia telah menjadi kotor menurut keperluan. Bergantung kepada bahan yang digunakan dalam pembuatan kasut, sama ada kulit, getah atau lain-lain, berhati-hati mencucinya apabila ia melibatkan air.

#10. Skirt, seluar panjang dan seluar pendek : selepas 3 kali pakai.

Kredit : haka.storee

Berbanding jeans, skirt, seluar panjang dan seluar pendek perlu dibasuh lebih kerap. Jika masih tidak kotor dan anda memakainya buat jangka masa pendek, ia boleh dikitar semula sehingga 3 kali pakai.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds