PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan dalam kenyataannya pada 5 November, bahawa hanya warganegara Malaysia mendapat keistimewaan menggunakan pas perjalanan tanpa had 30 hari Rapid apabila mereka melanggan dan mendaftar menggunakan kad pengenalan MyKad dan MyTentera.

Menurut Anthony Loke melalui laporan The Star, “Penggunaan pas perjalanan tanpa had 30 hari bagi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL hanya terhad kepada warganegara Malaysia sahaja. Pengguna boleh melanggan dan mendaftarkan pas ini menggunakan kad pengenalan MyKad dan MyTentera.”

Kredit : The Star

Pada Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November lalu, kerajaan mengumumkan untuk memperkenalkan pas bulanan perjalanan tanpa had bernilai RM100 yang meliputi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL bermula 1 Januari 2019.

Anthony Loke berkata pas perjalanan tanpa had 30 hari dengan fungsi Touch n’ Go terdapat dalam dua nilai dan mod perkhidmatan pengangkutan iaitu, RM100 untuk pas perjalanan tanpa had bagi semua perkhidmatan Rel Rapid termasuk LRT, MRT, Monorail, Sunway BRT dan bas pengantara MRT. Sementara RM50 untuk pas perjalanan tanpa had khusus bagi perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang.

Kredit : Berita Harian / Aizuddin Saad / Gambar Hiasan

Menurut Anthony Loke, “Sasaran memperkenalkan pas perjalanan tanpa had 30 hari dengan nilai RM100 dan RM50 bagi perkhidmatan rel dan bas Rapid ialah sebagai memberi galakan supaya lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam di Lembah Klang.”

Pas perjalanan tanpa had 30 hari dijangka boleh mula dilanggan mulai 1 Disember di semua kaunter stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) dan empat stesen bas terpilih iaitu Hab Bandar Shah Alam, Greenwood di Gombak, Sri Nilam di Ampang dan Terminal Bas Kajang.

Anthony Loke juga menjelaskan, “Pas perjalanan ada yang untuk tempoh 30 hari dan bukan pas bulanan. Tempoh 30 hari adalah bermula daripada tarikh penggunaan pertama. Jika pengguna mendaftarkan pas ini pada bulan Disember, mereka boleh menggunakannya bermula jam 12.01 pagi pada 1 Januari 2019.”

Walau bagaimanapun, pas perjalanan tanpa had ini tidak terpakai bagi perkhidmatan KTM Komuter disebabkan perkhidmatan kereta api ini mempunyai perbezaan dari segi kos dan sistem tiket yang lebih tinggi.

Kredit :  Free Malaysia Today

The Star bagaimanapun melaporkan kerajaan sedang dalam perancangan untuk mengurangkan kos bagi perkhidmatan KTM Komuter, dan keputusannya akan diumumkan buat masa terdekat.

Sumber : The Star , The Malaysian Insight , SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds