Anjing bersaiz besar dan berbulu lebat bernama Baron Kratu von Bearbum atau lebih mesra dipanggil Kratu ini mungkin bukanlah anjing yang lincah. Namun begitu, tidak bermakna anjing ini tidak mampu menawan hati anda.

Kratu telah diselamatkan oleh pasukan penyelamat Wood Green yang berpangkalan di United Kingdom daripada menjadi mangsa penderaan haiwan pada empat tahun yang lalu. Ketika itu, Kratu masih lagi seekor anak anjing.

Sejak itu, Tessa Eagle Swan telah mengadopsi Kratu dan memeliharanya dengan baik. Tessa juga berhasrat untuk memulihkan semangat Kratu dan memberikan kehidupan yang lebih gembira dan bahagia kepada Kratu.

Dalam masa yang sama, Kratu dilatih menjadi duta dan anjing penyelamat untuk membantu memberi sokongan dalam operasi menyelamatkan anjing-anjing di kawasan tempatan.

Kratu juga telah dibawa oleh tuannya untuk menyertai ‘Crufts’ iaitu pertandingan perlumbaan anjing terbesar dunia. Pertandingan tersebut menguji kekuatan fizikal haiwan dan kefahaman antara pemilik dan haiwan peliharaan.

Dalam pertandingan Crufts 2018 yang lalu, Kratu telah memberikan pertunjukan yang sangat menarik dan diingati sepanjang masa. Walaupun Kratu gagal dalam ujian tersebut, namun tetap memenangi hati setiap penonton di sana.

Ini kerana, Kratu tidak fokus dalam melakukan permainan yang telah disediakan namun lebih berminat untuk menyapa dan bermanja dengan pekerja acara tersebut.

Ramai netizen berasa sungguh gembira dan terhibur dengan telatah Kratu. Ini membuktikan keistimewaan haiwan peliharaan bukan terletak pada kesetiaan dan kesempurnaan semata-mata tetapi kebahagian yang ditunjukkan oleh haiwan itu sendiri.

Hanya pemilik Kratu sahaja yang mengenali anjing ini dengan lebih baik. Menurut Tessa, “Kratu adalah anjing yang sangat istimewa yang mampu meningkatkan kesedaran. Kratu telah menyinari hidup saya.”

Tonton video di bawah:

Kredit: Crufts/Facebook

Sumber: THE DODOCOCOCrufts/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds