Kit perubatan bagi anak kecil yang mengandungi barangan keperluan kesihatannya adalah wajib disediakan dan perlu dibawa ke mana sahaja sekiranya terdapat keperluan kecemasan. Kit perubatan ini perlu ada sekiranya anak-anak kecil mengalami situasi kesihatan yang tidak dijangka sebagai langkah pencegahan awal.

Di bawah adalah barangan keperluan kesihatan yang wajib disimpan di dalam kit perubatan anak kecil bagi tujuan persediaan menghadapi situasi kecemasan kesihatan hasil pengkongsian Hani Mynis.

#1. Termometer

Pilih termometer jenis infrared yang boleh diletak di dahi anak supaya senang untuk terus membaca suhu. Pastikan anda membeli termometer jenis digital yang senang untuk dilihat, serta mengandungi lampu dan berbunyi apabila mendapati suhu badan anak melebihi 37.5 darjah celsius.

#2. Penyembur nasal

Jika anak selsema dan pernafasan tidak selesa atau hidung tersumbat, gunakan penyembur nasal ke dalam hidung anak. Wajib disimpan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil berusia 3 tahun dan ke bawah.

#3. Ubat pencegah demam cecair paracetemol

Ubat demam paracetemol jenis cecair wajib disediakan di dalam kit perubatan ini. Pembahagian dos mengikut usia dan berat anak-anak, yang telah ditentukan oleh ahli farmasi atau menurut preskripsi doktor.

#4. Picagari suntikan ubat

Terdapat tiga dos picagari suntikan ubat cecair bagi si kecil iaitu 10 mililiter, 5 mililiter dan 3 mililiter. Saranan menggunakan picagari suntikan ubat cecair jenis oral kerana ia lebih mudah dan bersih apabila ditekan ke dalam mulut anak , serta senang dicuci dan diguna semula.

#5. Krim ruam lampin

Jika anak terkena ruam lampin dan punggungnya menjadi merah, sapukan krim ruam lampin jenis ini, ‘Sudocrem’. Wajib disimpan di dalam kit perubatan si kecil.

#6. Bedak talkum anti-bakteria

Bedak talkum anti-bakteria jenama ‘Agnesia’ baik untuk rasa gatal dan ruam pada tubuh badan si kecil.

#7. Botol semburan

Apabila anak demam, isikan air kosong ke dalam botol semburan dan semburkan pada ketiak, bahagian sendi dan peha. Tujuannya bagi menurunkan suhu badan . Sebelum meletak kain basah di atas dahi si kecil.

#8. Penyedut ‘nasal aspirator’

Untuk kegunaan bayi sehingga berusia 1 tahun untuk menyedut hingus apabila mereka selsema dan batuk. Cara menggunakannya, sembur hidung anak dengan penyembur nasal dan selepas itu sedut hingus dengan menggunakan ‘nasal aspirator’.

#9. Losyen ‘Calamine’

Selepas menggunakan bedak talkum anti-bakteria, jika anak masih berasa gatal dan miang kerana ruam, sapukan losyen ‘Calamine’ kerana ia terbukti mampu melegakan ruam dan gatal kerana losyen ini terasa sejuk dan nyaman.

#10. Jel Aloe Vera

Jel Aloe Vera terbukti mampu menurunkan suhu demam anak kecil yang tidak serius, dan ia juga terbaik dalam merawat kulit yang melecur, luka dan kering.

#11. Paracetemol Suppositori

Paracetemol Suppositori merupa satu tiub paracetemol yang dimasukkan ke dalam dubur anak kecil apabila suhu badannya meningkat sehingga 38.5 darjah celsius dan lebih. Terdapat dua dos yang berbeza iaitu 120 miligram dan 250 miligram.

#12. Pelekat penghalau nyamuk

Pelekat ini wajib disimpan apabila keluarga pergi bercuti di resort, berkhemah atau pulang ke kampung. Pada waktu senja hingga malam, tampal pelekat yang boleh menjauhkan nyamuk dari anak kecil ini di bajunya. Orang dewasa juga boleh menggunakannya.

#13. Pelekat ‘Kool Fever’

Pelekat ‘Kool Fever’ baik untuk melegakan demam dan menurunkan suhu badan anak. Tempat terbaik ‘Kool Fever’ diletakkan ialah di dahi dan atas tulang punggung.

#14. Penyembur Aloclair untuk ulser mulut

Penyembur Aloclair baik untuk melegakan penyakit ulser di dalam mulut anak kecil, tambahan bagi anak-anak yang pernah mendapat penyakit kuku dan mulut. Wajib disimpan di dalam kit perubatan.

#15. Penyembur IV Kids

Semburan IV Kids baik untuk melegakan kembung perut atau anak-anak yang mengalami sembelit, sebagai alternatif kepada minyak angin yang berbau kuat dan panas serta tidak sesuai digunakan oleh anak-anak yang sensitif bau dan cepat berasa tidak selesa.

Susun dengan kemas barangan keperluan kesihatan di dalam bekas seperti ini dan labelkan. Perlu dibawa di waktu bercuti atau ketika melakukan perjalanan jauh.

Semoga mendapat manfaat daripada tips dan idea ini.

Sumber : Hani Mynis / Facebook , Sirap Limau

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds