Kita semua pastinya pernah mendengar tentang hidupan kacukan yang luar biasa dalam mitologi yang melampaui imaginasi semua orang, tetapi adakah anda tahu bahawa haiwan kacukan sebenarnya wujud di dunia ini? Mari kami perkenalkan anda kepada 13 jenis haiwan kacukan yang hebat-hebat belaka.

Secara umumnya, haiwan kacukan dilahirkan secara semulajadi berikutan daripada percantuman dua spesies haiwan yang berlainan atau melalui proses biologi yang dipanggil, “hibridisasi somatik”.

1. Kacukan zebra dengan kuda – Zorse

Kredit: zoosafaripark/Instagram

Walaupun haiwan ini mungkin kelihatan cantik, Zorse, atau dikenali sebagai zonkey atau zebroid sebenarnya adalah kacukan daripada zebra dan kuda atau keldai. Haiwan ini pertama kali dikenalpasti pada abad ke-19 ketika mereka dibesarkan melalui proses hibridisasi somatik oleh Charles Darwin. Haiwan ini wujud hingga ke hari ini tetapi sangat jarang ditemui kerana masalah kesuburan atau steril.

2. Kacukan ikan paus dengan ikan lumba-lumba – Wholphin

 

View this post on Instagram

 

I M E T A W H O L P H I N 😆 #shewasstunning #wholphin

A post shared by E M I L Y (@emorlie) on

Kredit: emorlie/Instagram

Wholphin adalah gabungan sperma yang jarang berlaku antara ikan paus Killer jantan dan ikan lumba-lumba Bottlenose betina. Haiwan kacukan ini dilaporkan wujud di alam liar kerana mereka boleh membiak secara semulajadi dan hanya satu daripadanya kini dipelihara di Taman Hidupan Laut di Hawai. Wholpin tersebut dilahirkan pada bulan Mei 1985 dan mampu membiak dan melahirkan tiga ekor wholphin pada tahun 2004.

3. Kacukan kerbau dengan lembu – Beefalo

Kredit: Mark Spearman/Flickr

Beefalo yang juga disebut sebagai haiwan kacukan Amerika sebenarnya adalah kacukan yang berjaya antara kerbau Amerika dengan lembu.  Haiwan ini dihasilkan secara saintifik untuk menggabungkan ciri-ciri dari kedua-dua spesies untuk memenuhi keperluan industri pengeluaran daging lembu. Kacukan yang berlaku secara tidak sengaja ini pertama kali muncul kira-kira 1,800 tahun yang lalu dan seterusnya haiwan jenis ini sengaja dibiakkan pada abad ke-19.

4. Kacukan singa jantan dengan harimau betina – liger

Kredit: LH Wong/Flickr / LH Wong/Flickr

Salah satu haiwan kacukan yang paling terkenal adalah liger. Haiwan ini adalah hasil daripada kacukan baka singa jantan dan harimau betina. Liger mempunyai corak bergaris putih yang cantik pada bulu dan corak ini yang beransur-ansur memudar dalam corak yang berbeza. Berat liger mampu mencecah sehingga kira-kira 400 kg yang menjadikannya haiwan kacukan terbesar dari haiwan keluarga Felidae.

5. Kacukan harimau jantan dengan singa betina – Tigon

Kredit: quatzakotelwoingenau/Imgur

Sama seperti liger, tigon tidak mempunyai banyak perbezaan. Kedua-dua jenis haiwan kacukan ini mempunyai ibu bapa yang sama namun berbeza dari segi jantina. Tigon adalah hasil kacukan antara singa betina dan harimau jantan. Tigon hanya boleh hidup dalam kurungan dan perlu disteril. Tetapi ajaibnya, pada tahun 1943, seekor tigon betina mampu mengawan dengan seekor singa jantan di Zoo Hellabrunn Munich dan anak-anak kecil mereka berjaya dibesarkan hingga dewasa.

6. Kacukan singa betina dengan harimau bintang jantan – Leopon

Kredit: CreamySeaman/imgur

Penampilan leopon menyerupai makhluk mitologi yang kita semua suka. Leopon adalah kacukan yang sangat jarang berlaku antara singa betina dengan harimau bintang jantan. Kepalanya menyerupai seekor singa manakala tubuhnya pula hampir sama dengan harimau bintang. Leopon yang pertama kali ditangkap adalah pada tahun 1910 di India tetapi malangnya haiwan dari spesies ini tidak mampu bertahan lama. Kini, hanya terdapat kira-kira 100 ekor Leopon sahaja yang masih hidup dan semuanya hidup di dalam kurungan kerana mereka dilahirkan melalui proses hibridisasi somatik.

7. Kacukan beruang grizzly dengan beruang kutub – beruang Grolar

Kredit: Sarah Hartwell/wikipedia / Sarah Hartwell/wikipedia

Haiwan-haiwan comel yang menyerupai haiwan boneka yang besar ini adalah kacukan antara beruang grizzly dan beruang kutub. Walaupun beruang grolar adalah kacukan yang jarang berlaku, namun kebanyakannya berlaku di alam liar dan bukan di dalam kurungan. Menariknya, walaupun spesies ini tergolong dalam wilayah yang sama, namun mereka cenderung untuk menghindari satu sama lain di alam liar.

8. Kacukan kuda jantan dengan keldai betina – Hinny

Kredit: commons.wikimedia.org

Hinny adalah sebahagian daripada kacukan yang paling biasa yang tidak dapat dijumpai di alam liar kerana mereka dibiakkan melalui proses timbal balik. Hinny adalah hasil percampuran antara kuda jantan dengan keldai betina. Saiznya lebih kecil daripada kuda dan mempunyai bulu yang tebal. Oleh kerana perbezaan bilangan kromosom bagi setiap spesies, hinny tidak dapat membiak dan sangat sukar untuk diperolehi.

9. Kacukan kucing domestik dengan kucing liar Afrika – kucing Savannah

 

View this post on Instagram

 

Meow….#savvanahcat #catsofswitzerland #manwithcat

A post shared by Michele Keeler (@mickeeler) on

Kredit: mickeeler/Instagram

Bagi semua pencinta anjing dan kucing di luar sana, kucing Savannah adalah lambang kesempurnaan. Kucing Savannah sering dibandingkan dengan anjing kerana kesetiaan dan kecerdasan mereka. Mereka cenderung untuk sentiasa mengekori pemiliknya di sekitar rumah dan boleh dilatih seperti anjing. Kebanyakan kucing Savannah hidup di alam liar dan merupakan kacukan antara kucing domestik dengan kucing liar Afrika.

10. Kacukan unta jantan dengan llama betina – Cama

Kredit: Getty Images

Haiwan kecil yang kelihatan seperti unta berbulu kecil ini dikenali sebagai cama. Mereka adalah kacukan antara unta jantan dengan llama betina. Cama tidak boleh membiak secara semulajadi di alam liar, jadi sesetengah saintis menggunakan inseminasi tiruan untuk mencipta anak cama. Menariknya, sebab utama haiwan jenis ini dihasilkan buat pertama kali pada tahun 1998 adalah untuk mencipta haiwan yang dapat menghasilkan bulu yang lebih banyak berbanding llama.

11. Kacukan kambing biri-biri dengan kambing – Geep

Kredit: jeremy_binns/Instagram

Haiwan yang sangat comel ini adalah geep, atau dikenali sebagai shoat yang merupakan haiwan kacukan yang jarang berlaku antara seekor kambing biri-biri dengan seekor kambing. Walaupun kedua-dua spesies ini mempunyai banyak persamaan, namun mereka sebenarnya adalah 2 spesies yang berbeza dan apabila mereka membiak, anak mereka biasanya tidak dapat hidup lama.

12. Kacukan lembu dengan yak – Dzo

Kredit: Petr Meissner/Flickr

Berasal dari Mongolia dan Tibet, Dzo adalah kacukan antara lembu ternakan dengan yak (sejenis lembu yang bertanduk panjang dan berbulu tebal yang lazimnya terdapat di kawasan pergunungan Himalaya dan Tibet). Oleh kerana Dzo adalah produk fenomena heterosis, mereka cenderung menjadi lebih kuat daripada ibu bapa mereka dan saiznya juga lebih besar dan lebih subur. Di samping itu, mereka cenderung untuk menghasilkan lebih banyak susu dan daging berbanding lembu dan yak.

13. Kacukan jaguar jantan dengan singa betina – Jaglion

Kredit: Bear Creek Exotic Wildlife Sanctuary/Facebook / Bear Creek Exotic Wildlife Sanctuary/Facebook

Haiwan kacukan ini sebenarnya adalah hasil daripada cinta yang lahir secara semula jadi antara seekor jaguar jantan dengan singa betina. Jaglion secara tidak sengaja dibiakkan kerana ibu bapanya tinggal bersama di zoo yang sama dan dibesarkan bersama dan mereka tidak dapat dipisahkan. Jaglion ini kini tinggal bersama ibu bapanya di Sanctuary Wildlife Bear Creek di Ontario, Kanada.

Adakah anda tahu tentang mana-mana haiwan kacukan yang disenaraikan ini? Haiwan yang mana satu yang menjadi kegemaran dan mengagumkan buat anda? Kongsikan pendapat anda  dengan kami!

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds