KOTA DAMANSARA – Hujan lebat yang melanda menyebabkan sebuah kereta terbabas secara sendiri berhadapan sebuah bank di Dataran Sunway, terjunam ke dalam sebuah longkang. Lalu kereta berkenaan hanyut dibawa arus deras di dalam longkang di Persiaran Mahogani berkenaan.

Perkara berkenaan kemudian disahkan oleh Deputi Superitendan Sahimi Husin, selaku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, di mana pihaknya menerima panggilan telefon berhubung dengan kejadian tersebut pada jam 6.51 petang, 5 November yang lalu.

Sahimi menjelaskan bahawa kereta jenis Toyota Vios tersebut dipandu oleh seorang pelajar warga asing, namun identitinya sebenar pemandunya ketika kejadian masih belum diperolehi.

Semakan mendapati bahawa kereta tersebut didaftarkan atas nama Khodijah Mohd Ismail, berusia 56 tahun yang beralamat di Tapah, Perak. Walau bagaimanapun, pemandu kereta tersebut selamat dan tiada sebarang laporan mengenai kejadian itu diterima.

Berdasarkan siasatan awal mendapati bahawa kereta berkenaan terbabas sendiri lalu terjunam ke dalam longkang berdekatan ketika melalui kawasan berkenaan. “Ketika menunggu trak tunda, hujan lebat menyebabkan arus air longkang berkenaan deras dan menghanyutkan kereta terbabit,” jelasnya dalam satu kenyataan. Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds