SETIA ALAM – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi cadangan dan saranan kepada semua pekerja pejabat kerajaan dan swasta untuk melakukan senaman selama 15 minit ketika waktu bekerja setiap hari. Untuk itu, majikan disaran memperuntukkan masa itu bagi membolehkan para pekerja dapat bersenam secara berkumpulan di luar kawasan pejabat.

Menurut Tun Mahathir, melakukan senaman setiap hari itu amat perlu dan ia harus dijadikan tabiat atau rutin sehingga menjadi budaya kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia bagi mendapatkan gaya hidup dan tubuh badan yang sihat.

Kredit : Bernama /FMT

Tun Mahathir berkata, “Saya sarankan buat senaman pada pukul 11 pagi, berhenti dan buat senaman mudah untuk gerakkan tubuh badan. Keluar dari bilik berhawa dingin dan jika boleh lakukan senaman secara berkumpulan. Jangan pula dalam 15 minit itu minum kopi dan bersembang.”

Dengan menganggap saranan Tun Mahathir sebagai satu arahan, para ketua atau majikan di sektor awam dan swasta patut memperuntukkan masa 15 minit setiap hari bermula jam 11 pagi untuk senaman para pekerja, dan selepas itu mereka boleh bekerja semula seperti biasa.

Kredit : Shutterstock / Gambar Hiasan

Tun Mahathir berkata, senaman adalah salah satu cara untuk mengaktifkan tubuh badan dan minda serta menjadikan diri lebih produktif.

Tips yang harus diikuti daripada seorang Perdana Menteri yang masih sihat dan bijaksana walaupun sudah berusia 93 tahun. Sudah pasti ramai yang mahu mengikuti petua gaya hidup sihat daripada Tun Mahathir.

Tun Mahathir yang kita kasihi sering berkata beliau tidak mempunyai apa-apa rahsia mengekalkan kesihatan yang baik melainkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam setiap hari.

Kredit : Thrifty Momma Rambling / Gambar Hiasan

Katanya, “Gaya hidup kita sepatutnya ditentukan menurut keselesaan diri sendiri dan bersesuaian dengan tahap kesihatan kita.”

Tun Mahathir juga berkongsi petua mengekalkan tubuh badan yang ideal dengan berkata, jangan makan dan minum secara berlebihan kerana ia akan menambah lemak dan membuat perut menjadi buncit serta badan menjadi gemuk. Adalah amat penting mengawal berat badan dan jangan makan secara berlebihan.

Kredit : The Coverage

Katanya, “Apabila badan kita lebih kecil, adalah lebih mudah jantung mengepam darah ke seluruh badan.”

Tun Mahathir juga menyarankan warga Malaysia mengubah tabiat kepada suka berjalan dan menaiki tangga bagi mengelakkan otot menjadi semakin lemah menjelang usia tua.

Kredit : Today Online / Gambar Hiasan

Katanya, “Otot-otot kita ini jika tidak digerak dan digunakan lama-lama akan mengecut dan menjadi lemah. Rumah saya ada lif, tetapi saya menggunakan tangga.”

Jadi bermula hari ini, jangan lagi kita menggunakan alasan untuk tidak mahu bersenam kerana sibuk dan tiada masa. Kerana peruntukan masa 15 minit setiap hari untuk senaman itu sudah mencukupi untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Sumber : FMT , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds