Kasih sayang seorang ibu itu tidak ternilai serta tidak boleh dijual beli. Seorang anak akan mencari ibunya dahulu tidak kira dalam apa juga situasi. Walaupun ada ibu dan anak terpaksa berpisah akibat berlakunya perceraian ibu dan bapa, ikatan itu akan tetap terjalin dengan kedua-duanya akan saling mengingati satu sama lain tanpa disedari.

Bagi anak-anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa, kehidupan mereka pasti berasa sukar sekiranya terpaksa berpisah dengan ibu kandung sendiri. Menjalani kehidupan dengan dibesarkan oleh seorang bapa atau orang lain semestinya tidak sama seperti menerima belaian dan kasih sayang seorang ibu. Sudah pasti seorang anak akan merindui ibu kandung walaupun telah berpisah selama bertahun-tahun lamanya.

Kredit :  Satu Jam

Satu kisah menyentuh hati menjadi tular di laman media sosial apabila dua orang anak perempuan telah bertemu semula dengan ibu kandung berkat salah seorang daripadanya yang memuat naik foto lama ibu mereka di laman Twitter.

Kredit :  Twitter @leender_

Seorang gadis yang menggunakan nama @leender_ telah terpaksa berpisah dengan ibunya ekoran perceraian ibu dan bapa. Gadis ini yang baru berusia 2 tahun ketika itu langsung tidak mengenali atau mengingati wajah ibunya. Apa yang diketahuinya hanya dengan mendengar cerita daripada kakak dan neneknya.

Gadis ini amat merindui ibunya dan berhasrat mencarinya sehingga bertemu kembali, dan menggunakan laman Twitter dengan memohon orang ramai agar membantu dalam pencariannya itu.

Kredit : Twitter @leender_

Dengan kuasa tular media sosial, gadis itu telah berjaya menjejak ibu kandungnya dengan bantuan para netizen.

Kredit :  Twitter @leender_

Menyedari persamaan raut wajah wanita ini di dalam Facebook dengan wajah ibu kandungnya, gadis tersebut berasa yakin bahawa pencariannya telah berhasil.

Kredit : Twitter @leender_

Kredit :  Twitter @leender_

Setelah mengesahkan dengan menghubungi wanita dalam Facebook tersebut, gadis ini bersama kakaknya terus menuju ke Manjung, Perak untuk bertemu dengan ibu kandung yang sangat dirinduinya.

Kredit :  Twitter @leender_

Tiada sebarang perkataan yang dapat mengambarkan betapa gembiranya kedua beradik ini apabila akhirnya mereka telah bertemu semula dengan ibu kandung mereka setelah berpisah selama 18 tahun.

Kredit :  Twitter @leender_

Kredit :  Twitter @leender_

Kredit :  Twitter @leender_

Gadis tersebut mengucapkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam pencarian amat bermakna itu sehingga berjaya menjejaki dan bersatu semula dengan ibu kandungnya. Beliau juga memohon restu orang ramai agar mendoakan kebahagiaan buat dirinya dan keluarga.

Kredit :  Twitter @leender_

Sememangnya kasih sayang ibu dan anak itu adalah sepanjang hayat dan tidak akan mampu dipisahkan.

Sumber : @leender / Twitter , SAYS

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds