Sementara perkahwinan itu merupakan satu nikmat ikatan yang dikurniakan Tuhan, tetapi tiada apa yang akan dapat menggembirakan pasangan suami isteri melainkan apabila mereka dikurniakan zuriat sendiri kerana ia melengkapkan makna sebuah keluarga.

Bagi pasangan ini, mereka telah menantikan saat gembira selama sembilan tahun untuk memiliki zuriat sendiri, tetapi harapan itu terus lenyap dengan perjalanan masa disebabkan masalah ketidaksuburan.

Kredit : Paparan Skrin YouTube

Selepas membuat pertimbangan dari segala sudut, mereka telah membuat keputusan untuk mengambil anak angkat.

Namun begitu, proses mengambil anak angkat bukan satu perkara yang mudah dan perlu melalui prosedur undang-undang yang rumit. Selepas mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan, apa yang perlu mereka lakukan ialah berdoa dan mengharap panggilan telefon dari agensi mengatakan permohonan mereka telah berjaya. Dan mereka menunggu selama bertahun-tahun.

Kredit : Paparan Skrin YouTube

Pasangan Dennis dan Carita Chen berkongsi kisah perjalanan dan pengalaman mereka dengan usaha gigih untuk menjadi ibu bapa, selepas mengalami masalah ketidaksuburan selama sembilan tahun.

Dengan takdir Tuhan, penantian dengan kesabaran itu akhirnya dimakbulkan apabila mereka menerima panggilan dari agensi yang mengatakan pasangan ini bakal menyambut seorang bayi sebagai anak angkat pertama mereka.

Menerusi blog video, pasangan ini merakamkan perjalanan menemui bayi lelaki mereka di sebuah hospital.

Kredit : Paparan Skrin YouTube

Dalam video tersebut, pasangan ini berkongsi saat ikatan yang erat apabila berasa tidak sabar dan gemuruh untuk bertemu dengan anak lelaki mereka buat pertama kali.

Dennis berkongsi perasaannya dengan rasa terharu apabila menceritakan pengalaman melalui proses itu membangkitkan rasa bercampur baur antara mimpi dan realiti, apabila pasangan ini melangkah masuk ke hospital tersebut, untuk mengambil anak mereka.

Kredit : Paparan Skrin YouTube

Apabila jururawat yang bertugas bertanya bagaimana perasaannya apabila bertemu anak lelaki mereka buat pertama kali, Dennis menjadi amat tersentuh sehingga mengalirkan air mata, apabila menyedari impiannya buat sekian lama untuk menjadi seorang bapa bukan lagi satu mimpi.

Sudah pasti momen ini merupakan satu detik penuh beremosi apabila pasangan ini bertemu dengan bayi lelaki mereka buat pertama kali. Air mata yang terus berlinangan di dalam bilik bayi Jacob ditempatkan.

Kredit : Paparan Skrin YouTube

Pasangan ini menamakan bayi lelaki yang sangat comel dan sihat ini dengan nama Jacob Chen.

Kredit : Paparan Skrin YouTube

Semua yang berasa di dalam bilik itu menjadi amat terharu melihat Dennis tidak dapat menahan sebak apabila buat pertama kali mendakap Jacob sambil melihat wajahnya yang sangat comel dan lembut. Perasaan kasih sayang seorang bapa yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Kredit : Paparan Skrin YouTube

Kisah penantian dan impian pasangan untuk menjadi ibu bapa yang pasti meruntun jiwa anda. Tonton rakaman video perjalanan pasangan Dennis dan Carita Chen menemui bayi Jacob buat pertama kali di bawah.

Kredit : Austin Stone Story Team / Facebook

Sumber : Austin Stone Story Team/Facebook , Good Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds