Kerajaan Itali bercadang untuk menawarkan sebidang tanah kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak ketiga sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kadar kelahiran di negara tersebut.

Kredit: Siakap Keli

Pelan tersebut turut dimasukkan ke dalam draf belanjawan 2019 di mana pihak kerajaan berjanji akan menyerahkan sebidang tanah pertanian sekiranya pasangan suami isteri berjaya mempunyai anak ketiga dalam tempoh 2019 dan 2021.

Kredit: Shutterstock

“Orang Itali tidak memiliki ramai anak dan ini adalah sesuatu yang diperlukan bagi mengubah trend tersebut,” jelas Menteri Pertanian, Gian Marco Centinaio.

Menurut statistik yang dikeluarkan pada tahun lalu, dikatakan sebanyak 464,000 kelahiran sahaja yang didaftarkan di Itali sekali gus menjadikan negara berkenaan sebagai negara yang mempunyai kadar kelahiran terendah di seluruh benua Eropah.

 

Kredit: Daily Mail

Pertubuhan Syarikat Pertanian Itali iaitu Coldiretti mendakwa bahawa kerajaan memiliki tanah seluas 1.2 juta ekar yang dijangka mencecah hampir RM48 bilion!

Kredit: Time Magazine

Jika ada rakyat asing yang berminat dengan tawaran berkenaan, individu tersebut perlu menepati syarat utama iaitu menjadi penduduk tetap di Itali selama sekurang-kurangnya 10 tahun.

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds