Buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan badan anda. Antara peranannya ialah menghasilkan sel darah merah, mengawal tekanan darah, menyahtoksikkan organ dalaman, menghapuskan lebihan air dan mengawal paras semua mineral penting dalam darah.

Disebabkan itulah kita disarankan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang dengan cara meninggalkan beberapa tabiat buruk dan menggantikannya dengan aktiviti yang lebih baik.

Berikut adalah 10 tabiat buruk yang akan merosakkan buah pinggang anda.

10. Menahan diri daripada membuang air kencing

Sebab utama buah pinggang rosak ialah tabiat suka menahan diri daripada membuang air kencing. Tidak dinafikan ramai di antara kita sebenarnya yang mempunyai tabiat buruk ini.

Namun tahukah anda, jika anda kerap menahan diri daripada membuang air kencing, air kencing tersebut akan kekal di dalam pundi kencing dalam jangka masa yang lama dan bakteria akan mula membiak dengan lebih cepat?

Akhirnya buah pinggang menjadi rosak dan proses pembuangan air kencing akan terganggu sehingga tidak dapat dikawal lagi.

9. Duduk terlalu lama

Aktiviti seharian yang anda lakukan sentiasa akan memberi kesan terhadap kesihatan badan contohnya pengawalan metobolisme badan dan tekanan darah. Namun jika anda duduk terlalu lama tanpa melakukan sebarang pergerakan, tindakan tersebut boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang sebanyak 30 peratus.

Jika anda menghabiskan masa selama 8 jam duduk di kerusi di tempat kerja anda, cuba lakukan aktiviti yang lebih menyihatkan apabila anda berada di rumah.

Antaranya ialah lakukan senaman sebanyak 2-3 kali dalam seminggu dan jangan lepaskan peluang untuk berjalan-jalan di sekitar rumah anda.

8. Melakukan latihan fizikal secara berlebihan

Melakukan latihan fizikal dalam masa yang lama boleh mengakibatkan rhabdomyolysis, iaitu satu keadaan di mana otot anda cedera secara langsung atau tidak langsung. Perkara tersebut berlaku berpunca daripada kandungan kematian serat otot yang dilepaskan dalam aliran darah.

Akibatnya buah pinggang gagal berfungsi dan tidak dapat menyingkirkan air kencing dengan teratur.

Jika anda kerap melakukan latihan fizikal dan menghadapi sakit otot dan air kencing kotor dalam masa yang sama, anda perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

7. Penggunaan ubat tahan sakit secara berlebihan

Pada mulanya ubat tahan sakit memang bagus untuk melegakan kesakitan namun menggunakannya secara berlebihan boleh menyebabkan buah pinggang rosak sepenuhnya.

Ini kerana ubat tahan sakit itu akan mengurangkan pergerakkan darah dalam buah pinggang dan akan mengganggu proses buah pinggang tersebut.

Oleh itu, jika anda mengalami cedera parah, anda perlu mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh masa dan dos yang telah ditetapkan oleh doktor sahaja.

6. Tidak minum air secukupnya

Minum air dalam kuantiti yang mencukupi akan membantu buah pinggang anda memproses air kencing dan membebaskan toksin daripada badan dengan lancar. Namun jika anda tidak minum air secukupnya, kesihatan anda akan terganggu termasuklah menghidap penyakit batu karang.

Rata-rata manusia memerlukan 1.5 hingga 2 liter air sehari untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang mereka. Namun harus diingatkan hanya air kosong sahaja yang dikira dan tidak termasuk air manis yang lain.

Bagaimana anda tahu sekiranya anda mempunyai air yang mencukupi dalam badan? Caranya ialah lihat warna air kencing anda. Jika berwarna kuning cerah, itu menandakan anda minum air secukupnya dan jika warnanya gelap itu mungkin tanda buah pinggang anda rosak.

5. Tidak cukup tidur

Rehat pada waktu malam adalah perkara yang paling penting untuk kesihatan badan termasuklah kesihatan buah pinggang.

Untuk pengetahuan anda, tisu buah pinggang akan diperbaharui hanya ketika anda tidur. Oleh itu, jika anda tidak mendapatkan tidur yang secukupnya, anda akan mengganggu proses ini dan risiko untuk buah pinggang rosak menjadi lebih tinggi.

4. Minum air rendah kalori

Ramai orang mengambil minuman rendah kalori dengan tujuan untuk mengurangkan berat badan. Namun menurut pakar kesihatan, pengambilan air rendah kalori berkait rapat dengan masalah buah pinggang.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2009 menunjukkan lebih 3,000 wanita yang minum dua atau lebih gelas minuman rendah kalori setiap hari mengalami penurunan proses buah pinggang yang akhirnya merosakkan buah pinggang.

3. Makan terlalu banyak daging

Jika anda makan terlalu banyak daging, itu akan mengakibatkan buah pinggang anda tidak dapat mengawal pH badan dengan seimbang. Tanpa disedari, tabiat makan tersebut akan menyebabkan masalah penghadaman dan proses buah pinggang.

Oleh itu, anda perlu mengawal pengambilan makanan berdaging dan makanlah secara sihat. Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, telur dan kekacang adalah antara makanan yang perlu ditambah dalam hidangan anda.

2. Pengambilan garam dan gula yang berlebihan

Sedar atau tidak pengambilan garam secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan tekanan darah tinggi malah merosakkan buah pinggang. Ini kerana apabila anda makan makanan bergaram secara berlebihan, buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan lebihan toksin daripada badan.

Manakala pengambilan gula secara berlebihan pula akan menyebabkan anda mudah mendapat tekanan darah tinggi, lebihan berat badan dan akhirnya mengakibatkan penyakit kencing manis.

Oleh itu, anda perlu lebih bijak dalam mengambil makanan yang bergaram dan bergula supaya kesihatan anda tidak terganggu.

  1. Tidak mengendahkan jangkitan biasa

Anda seharusnya lebih peka dengan kesihatan diri dan tidak mengambil mudah jika menghadapi jangkitan biasa seperti batuk, selesema, demam, sakit tekak dan sebagainya.

Ini kerana proses pertahanan diri dilakukan oleh buah pinggang dan jika jangkitan tersebut berlarutan dalam jangka masa yang lama, kesihatan buah pinggang anda akan terjejas.

Oleh itu, sekiranya and menghadapi jangkitan biasa seperti itu, anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya dan makan ubat antibiotic jika perlu.

Kesimpulannya, anda perlu melihat kembali adakah anda ada melakukan 10 tabiat buruk ini dan jika YA, anda perlu meninggalkannya. Ini semua demi kesihatan anda. Jika anda sendiri tidak mengendahkan kesihatan diri tidak mungkin orang lain akan dapat melakukannya untuk anda.

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds