Semua orang sudah sedia maklum bahawa haiwan mempunyai sifat manja tertentu yang pasti membuatkan sesiapa pun tersentuh hati. Ada kalanya telatah mereka yang sungguh mencuit hati itu cukup menghiburkan hati kita di waktu kita bersedih.

Tidak dinafikan ada orang yang tidak berapa gemarkan haiwan. Sama ada mereka takut atau geli, mereka akan sedaya upaya menjauhi haiwan-haiwan tersebut.

Namun cuba lihat 10 gambar haiwan ini. Pasti akan menyentuh dan mencairkan hati anda biarpun sekeras batu!

“Garang macam mana pun saya, saya tetap mahukan perhatian dan belaian manja!”

Kredit: NITRISS_ / Reddit

Biarpun percintaan mereka terhalang, namun kesetiaan menjadi keutamaan dalam hubungan mereka. Inilah yang dikatakan cinta sejati!

Kredit: standeman03 / Reddit

“Terima kasih tuan untuk hadiah yang sangat bermakna ini!”

Kredit: TheCabbageMeister / Reddit

Seekor zirafah dan kawan baharunya, berlainan spesies tetapi tetap bersahabat.

Kredit: OwO121212121221q / Reddit

Hari pertama bekerja selalunya memberi tekanan terutama jika anda adalah pekerja baharu. Alangkah bahagianya hidup seperti anak kucing ini, bebas!

Kredit: Anme360 / Reddit

“Hari ini saya bertemu kawan baharu di taman”

Kredit: PrinceWilliam13 / Reddit

Anak anjing berusia 4 bulan ini telah diselamatkan dari tempat penyembelihan anjing di Cambodia dan telah menemui tuan baharu yang baik hati.

Kredit: Pigoonlet / Reddit

“Saya tidak akan sakiti awak. Percayalah…”

Kredit: Unknown / Reddit

Walaupun si ibu keletihan tetapi cukup bahagia kerana dapat menyusukan kesemua anaknya.

Kredit: cheesecrystal / Reddit

“Itik ini selalu datang ke rumah saya untuk makan. Baru-baru ini, itik tersebut datang sambil membawa anak-anaknya. Saya melihat mereka membesar.”

Kredit: Templar_1337 / Reddit

SUMBER: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds