Siapa tidak kenal dengan nama Yuna, penyanyi Malaysia yang kini sedang mencipta nama besar dalam industri seni di Amerika Syarikat!

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai sebelum ini pernah melakar sejarah apabila berpeluang untuk merakamkan lagu bersama penyanyi R&B terkenal, Usher menerusi lagu berjudul Crush.

Bukan sahaja itu, album beliau bertajuk Chapters yang turut memuatkan lagu Crush itu pernah disenaraikan dalam 10 Album R&B Terbaik Billboard 2016: Pilihan Pengkritik!

Kredit: Bandwagon Asia

Terbaru, penyanyi terkemuka ini telah meluahkan hasratnya untuk berduet bersama satu kumpulan terkenal dari Korea Selatan yang kini turut menembusi pasaran Amerika Syarikat iaitu BTS.

Menerusi tweet beliau, Yuna telah menyuarakan pertanyaan kepada para peminat tentang hasrat beliau untuk berkolaborasi dengan BTS pada tahun 2019.

Kredit: Twitter @yunamusic

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk berkolaborasi bersama @BTS_twt #2019 apa pandangan anda?? Saya sudah bersedia untuk segala-galanya menjelang 2019! Ayuh lakukannya.”

BTS merupakan salah satu kumpulan dari Korea Selatan yang bukan sahaja mempunyai peminat dari Asia tetapi juga Hollywood. Malah, mereka turut pernah dijemput ke satu rancangan bual bicara oleh pengacara dan pelawak, Ellen DeGeneres serta menerima pelbagai pengiktirafan di sana.

Tweet Yuna telah mencetuskan pelbagai reaksi positif daripada para peminat yang rata-ratanya tidak sabar dan teruja untuk menantikan impian itu menjadi realiti.

Kredit: Philstar Global

“Dua Lipa & Black Pink boleh, mengapa tidak Yuna & BTS.”

Terbaik Yuna, teruskan perjuangan anda! Diharap impian anda untuk berduet bersama BTS akan tercapai dan semoga lagu tersebut menjadi sebutan peminat dari seluruh dunia!

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds