Mengidam merupakan salah satu perkara biasa yang terjadi kepada kaum wanita khususnya ketika mengandung. Malah, menurut laporan SAYS, hampir 50% ke 90% wanita mengandung akan mengalami simptom berkenaan.

Ada kalanya mereka teringin untuk menikmati makanan masin, manis, berempah, makanan segera dan ada juga yang mahukan sesuatu yang sangat sukar untuk didapati di kawasan sekitar.

Para suami adalah antara individu yang perlu menunaikan hasrat si isteri untuk mendapatkan sesuatu makanan. Suami penyayang haruslah melakukan apa sahaja demi memuaskan hati isteri tercinta.

Kredit: Google

Terbaru menerusi laman Twitter, seorang lelaki menjadi bualan hangat di internet apabila kisah beliau yang ingin memenuhi permintaan si isteri menjadi tular. Hal ini demikian kerana isterinya mengidam Nasi Lemak Pak Nasser, satu menu yang dihidangkan di pesawat AirAsia!

Justeru, bapa kepada dua orang anak dan bakal menimang cahaya mata ketiga itu telah menyuarakan pertanyaan kepada akaun Twitter syarikat penerbangan tersebut untuk mengetahui sama ada Nasi Lemak Pak Nasser boleh didapati di tempat lain.

Kredit: Twitter @amsuda

Kredit: Twitter @amsuda

Alangkah beruntungnya suami yang dikenali sebagai Mohamad Azham ini apabila pihak AirAsia telah menjawab pertanyaannya dengan nada gurauan.

Kredit: Twitter @amsuda

Perkongsian tweet berkenaan telah menular dan meraih pelbagai reaksi netizen. Ada juga yang ingin membantu Azham mendapatkan nasi lemak tersebut tanpa perlu menaiki mana-mana penerbangan.

Kredit: Twitter @amsuda

Kredit: Twitter @amsuda

Ramai netizen yang terdetik hati untuk membantu Azham membelikan menu berkenaan dan peristiwa ini membuatkan Azham benar-benar terharu dengan sambutan yang diterimanya.

Kredit: Twitter @amsuda

Kredit: Twitter @amsuda

Lantaran kebaikan hati beberapa netizen, Azham akhirnya berjaya mendapatkan Nasi Lemak Pak Nasser yang diidam-idamkan isteri tercintanya itu. Malah, isterinya telah memakan dua bungkus hidangan berkenaan sehingga licin dan masih sempat bertanya jika ada individu lain yang mahu memberikan nasi lemak tersebut lagi.

Kredit: Twitter @amsuda

“Bukan sebungkus tapi dua bungkus yang diberikan secara percuma. Saya anggap ini rezeki anak ketiga saya yang bakal lahir awal tahun depan,” kata Azham ketika dihubungi MStar.

“Saya tak sangka ramai sangat yang nak membantu. Saya dan isteri amat terharu. Pendek kata rakyat Malaysia memang baik hati. Kerana nasi lemak akhirnya rakyat Malaysia bersatu. Terima kasih sekali lagi anda semua memang terbaik.”

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds