Ahli-ahli arkeologi di Mexico telah berjaya menemui terowong dan ruang bawah tanah yang tertanam di bawah Piramid Bulan (tapak Warisan Dunia) di sebuah bandar purba, Teotihuacán.

Kredit: IFL Science

Piramid Bulan dipercayai menjadi pentas untuk masyarakat mengadakan pengorbanan manusia dan juga haiwan. Struktur ini terletak bertentangan dengan Piramid Matahari yang juga dikenali sebagai Jalan Raya Kematian (Avenue of Death).

Para pengkaji dari Institut Antropologi dan Sejarah Negara Mexico (INAH) dan Institut Geofizik di Universiti Autonomous Kebangsaan Mexico (UNAM) telah berjaya mengesan lokasi tersembunyi itu di sebuah tapak berdekatan Mexico City.

Dengan ukuran diameter 15 meter, pakar-pakar ini percaya kemungkinan besar kawasan tersebut pernah digunakan untuk mengadakan upacara pengebumian mayat pada suatu masa dahulu.

Kredit: news.com.au

Dahulunya, Mexico City disebut sebagai bandar Aztec Tenochtitlan merupakan kawasan yang mengerikan kerana pernah dijadikan sebagai tapak untuk mengadakan pengorbanan manusia sebelum dipersembahkan kepada Tuhan mereka.

Dalam satu kenyataan, ahli arkeologi telah mengaitkan bilik tersembunyi dan terowong tersebut dengan konsep kebudayaan masyarakat purba seperti kaum Aztec dan Maya mengenai dunia bawah tanah.

Kredit: IFL Science

Terowong dan bilik rahsia ini berjaya ditemui dengan menggunakan teknologi rintangan elektrik pada tahun 2017 lagi. Teknologi ini membolehkan pengkaji mengukur sifat-sifat geologi bumi tanpa perlu menggali tanah. Bagaimanapun, pengumuman mengenai hasil penyelidikan mengenai tapak tersebut baru diumumkan.

Hasil penyelidikan secara terperinci menunjukkan terdapat laluan dan bilik rahsia di bawah Piramid Bulan itu. Mereka turut percaya dan berharap agar dapat menemui harta karun yang selama ini tersembunyi di bawah tapak struktur berkenaan.

Dalam terowong lain yang digali di Piramid Bulan, beberapa rangka manusia turut ditemui sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai tujuan terowong tersebut dibina orang masyarakat purba pada zaman itu.

Gambar Piramid Aztec termasuk Piramid Bulan di San Juan de Teotihuacan, Mexico pada tahun 2007

Kredit: Luis Acosta/AFP/Getty Images

Jelas Dr Verónica Ortega merangkap pengarah Projek Pemeliharaan bagi piramid berkenaan, “Dalam eksplorasi yang dijalankan pada 1980-an, ahli arkeologi Rubén Cabrera dan Saburo Sugiyama telah menemui rangka manusia di mana bahagian tengkoraknya rosak dan juga objek batu berwarna hijau (rantai dan patung manusia yang diperbuat daripada mozek). Jadi, kemungkinan besar penemuan yang sama boleh ditemui di bawah tanah”.

Dari tempoh 1998 hingga 2004, ahli arkeologi telah menemui rangka 200 haiwan termasuk harimau kumbang dan serigala. Mungkin selepas ini, akan ada lebih banyak perkara yang boleh ditemui.

Sumber: IFL ScienceHistorynews.com.au

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds