Pada malam Sabtu, juruterbang British Eric Swaffer memaparkan gambar teman wanita tersenyum di pintu masuk VIP ke stadium King Power, di Leicester, England. Teman wanitanya merupakan pembantu juruterbang, Izabela Lechowicz yang dilahirkan di Poland di pintu masuk VIP ke stadium King Power, di Leicester, England.

Beberapa jam kemudian, Swaffer dan Lechowicz meninggal dunia dengan tiga orang lain, termasuk pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, apabila helikopter berkenaan hilang kawalan dan terhempas di luar perkarangan stadium.

Penyiasat belum menemui punca kemalangan yang menyebabkan helikopter itu hilang kawalan pada ketinggian 200 kaki hanya selepas beberapa saat berlepas. Saksi berkata helikopter tersebut berlepas seperti biasa dari stadium dan dilihat terhuyung hayang sebelum terhempas di tempat letak kereta di luar perkarangan stadium.

Tetapi Swaffer digambarkan sebagai seorang wira kerana berusaha menyelamatkan beratus-ratus nyawa dengan mengendalikan helikopter yang hilang kawalan daripada terhempas di kawasan orang ramai yang sedang meninggalkan perlawanan pada Sabtu malam menentang West Ham.

Polis Leicester berkata tiada orang awam yang cedera susulan kemalangan tersebut dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) mengetuai siasatan ke atas kemalangan itu.

Kejadian yang mengejutkan telah menjadi momen tragis dalam sejarah bola sepak dan peminat telah meletakkan beribu-ribu bunga di luar stadium berhampiran tapak kemalangan.

Jurugambar Sky Sports, Dan Cox memberitahu akhbar The Sun di London bahawa dia menyaksikan helikopter tersebut berputar dan hilang kawalan.

“Saya tidak tahu bagaimana dia melakukannya tetapi dia seolah-olah dapat mengarahkan helikopter tersebut yang berputar dan melayang ke bahagian sudut tempat letak kereta,” kata Cox.

Swaffer mungkin telah menyelamatkan banyak nyawa dengan mengendalikan helikopter jauh dari orang ramai, tidak mengejutkan mereka yang mengetahui juruterbang veteran itu.

Beliau sangat mahir dalam menerbangkan pelbagai pesawat dari jet peribadi ke helikopter dan pesawat komersial. Beliau juga mengajar juruterbang lain bagaimana untuk menangani situasi kecemasan.

(Eric Swaffer bersama teman wanitanya dan Izabela Lechowicz dalam gambar yang dimuat naik ke halaman Facebook pada Ogos lalu)

Kapten Sanjay Menzies, kawan rapat dan ketua juruterbang The Poonawalla Group, sebuah syarikat pembuatan vaksin yang berpusat di India, bekerja dengan Swaffer pada tahun 2013. Swaffer pernah mengajar Menzies bagaimana untuk menerbangkan jet baru syarikat itu, sebuah Gulfstream G550.

“Saya terbang dengan Eric selama empat bulan semata-mata dan belajar tentang segala-galanya mengenai kapal terbang daripadanya,” katanya kepada CNN. “Dia adalah juruterbang yang paling berpengetahuan dan serba boleh yang saya kenal. Dia adalah ensiklopedia berjalan yang memiliki pengetahuan penerbangan begitu mendalam dan salah seorang yang paling lucu yang pernah saya jumpa.”

Menzies mendedahkan Swaffer juga banyak menyumbang bantuan kepada amal kebajikan, termasuk gaji setahunnya kepada amal di India.

(Izabela Lechowicz bergambar bersebelahan dengan helikopter yang terhempas pada hari Sabtu)

Kemahiran Swaffer dalam momen terakhirnya mungkin telah menyelamatkan orang lain akan menjadi warisan terbesarnya – sama dengan perkongsian kerja uniknya bersama teman wanitanya.

Menzies memberitahu CNN, Swaffer dan kehidupan seharian bersama Lechowicz adalah ‘sangat jarang berlaku’.

“Izabela adalah pasangan jiwanya,” katanya.

Sumber: CNN

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds