Menurut statistik rasmi yang dilaporkan oleh Overseas Security Advisory Council (OSAC), hampir 7000 apartmen di Barcelona dimasuki pencuri dan penyamun setiap tahun!

Statistik ini membuatkan kita semua khuatir dengan keselamatan diri dan juga barangan di rumah. Namun, bagaimana kita boleh menangani masalah ini dan melindungi rumah daripada penjenayah jika kita sendiri tidak mampu untuk mendapatkan sistem amaran keselamatan yang menelan belanja tinggi?

Mungkin anjing merupakan salah satu kaedah ‘berkos rendah’ untuk menjaga rumah anda tetapi bukan semua orang boleh memelihara anjing.

Dalam artikel ini, anda akan diberikan 10 tips bermanfaat serta berkesan yang bukan sahaja membantu melindungi rumah anda tetapi juga menyebabkan para penjenayah tidak berani untuk menjejakkan kaki ke dalam kawasan rumah!

#10 Jangan kongsi sebarang maklumat menerusi panggilan telefon

 

Anda perlu berhati-hati apabila menerima panggilan daripada syarikat perkhidmatan banci yang menanyakan mengenai tempat kerja, waktu anda bekerja atau pun berapa ramai yang tinggal bersama anda.

Ini merupakan salah satu taktik yang penjenayah sering gunakan bagi menentukan waktu yang sesuai untuk memecah masuk sesebuah rumah.

#2 Tanam tanaman berduri di pagar dan tingkap

Jadikan pagar dan kawasan tingkap rumah anda sebagai penghalang dengan menanam tanaman berduri seperti kaktus atau bunga ros. Tanaman-tanaman ini akan menjadikan misi penyamun semakin sukar.

#3 Buka langsir dan biarkan cahaya masuk ke dalam rumah

Jika langsir tingkap rumah anda tertutup selama beberapa hari, ini akan memberi petunjuk kepada penjenayah bahawa rumah tersebut tidak berpenghuni. Jadi, sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membuka langsir dan mencipta ilusi seolah-olah anda berada di rumah.

#4 Periksa tombol pintu anda

Jika anda perasan terdapat kesan calar pada tombol, ini mungkin menandakan bahawa ada penyamun yang pernah cuba untuk membukanya. Jadi, pastikan anda sentiasa periksa tombol pintu anda bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

#5 Berpura-pura

Katakan anda berada dalam satu situasi di mana anda sedang bersiap-siap untuk keluar rumah dan anda perhatikan ada orang asing yang sedang melihat gerak-geri anda dari jauh.

Kemungkinan besar individu berkenaan sedang menunggu anda meninggalkan rumah agar mereka boleh masuk. Jadi, bertindak bijak dan berpura-pura seperti ada orang lain di dalam rumah dengan melambai-lambai tangan anda ke tingkap.

#6 Buang kotak barangan mahal yang baru anda beli dengan betul

Jika anda baru membeli televisyen mahupun peti sejuk baharu, anda perlu mengoyakkan kotak tersebut sebelum membuangnya bagi mengelakkan perhatian penjenayah untuk menyasarkan rumah anda.

#7 Pastikan halaman rumah anda sentiasa terjaga

Rumah yang dipenuhi semak-samun akan membuatkan para penyamun menyangka tiada siapa tinggal di situ. Jadi, jagalah halaman rumah anda dan pastikan ia sentiasa bersih.

Potong rumput dan lalang serta sapu daun-daun kering yang ada di halaman.

#8 Pastikan tingkap dilindungi

Selain pintu, penjenayah akan menjadikan tingkap sebagai laluan alternatif untuk masuk ke dalam sesebuah rumah. Justeru, anda haruslah memasang pagar besi pada tingkap.

Namun harus diingat, anda juga perlu mempunyai laluan untuk melepaskan diri sekiranya berlaku kes kecemasan seperti kebakaran. Jadi, beli pagar besi yang boleh dikunci.

#9 Jangan biarkan penjenayah boleh mendengar bunyi deringan telefon di rumah

Ada penjenayah yang gunakan taktik ini di mana mereka akan menghubungi telefon rumah anda dan menunggu bunyi deringan. Sekiranya tiada yang mengangkat panggilan berkenaan, ia menandakan tiada siapa berada di rumah pada ketika itu.

Namun, jika anda memperlahankan bunyi telefon, anda boleh mengelirukan penyamun tersebut.

#10 Simpan barangan berharga jika ada orang asing di dalam rumah

Orang asing yang dimaksudkan adalah seperti tukang membaiki paip atau pun pekerja perkhidmatan menyelenggara alat penghawa dingin. Kita tidak tahu niat tersembunyi mereka. Mungkin mereka adalah penjenayah dan akan memaklumkan rakan penjenayah mereka tentang lokasi barangan berharga di rumah anda. Mungkin juga mereka boleh mencuri beg duit yang anda letakkan di atas meja.

Sumber: BrightSide

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds