KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah membentangkan inti pati Belanjawan bagi tahun 2019 yang bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera pada 2 November 2018.

Dalam belanjawan ini, pihak kerajaan telah memfokuskan kepada 3 aspek dengan 12 strategi yang bertujuan untuk mengembalikan kedudukan ekonomi negara sebagai Harimau Asia. Tiga fokus berkenaan adalah seperti yang berikut:

  1. Melaksanakan Reformasi Institusi
  2. Memastikan Kesejahteraan Rakyat
  3. Memupuk Budaya Negara Keusahawanan

Kredit: Twitter @MOFmalaysia

Menurut laporan tersebut, dilaporkan jumlah dan liabiliti sebenar yang ditanggung oleh kerajaan sehingga Akhir Jun 2018 adalah sebanyak RM1,065 bilion iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi berbanding amaun yang diumumkan secara rasmi oleh kerajaan sebelum ini.

Dalam perincian hutang ini melibatkan hutang langsung kerajaan persekutuan sebanyak RM725.2 bilion, RM155.8 bilion bagi komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion bagi liabiliti lain seperti bayaran pajakan projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

Senarai di bawah merupakan inti pati penuh Belanjawan 2019:

#1 Bayaran balik PTPTN antara 2% hingga 15%

Kredit: cloudinary.com

  • Peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan boleh membayar balik hutang PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan
  • Pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019
  • Peningkatan layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) daripada RM6,000 kepada RM8,000
  • Potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang memperoleh keputusan kelas pertama
  • Penghapusan baki hutang peminjam yang berusia 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta

#2 SST

Kredit: The Star

  • Di bawah GST, hanya 545 barangan dikenakan pada kadar sifar tetapi di bawah SST, hampir sepuluh kali ganda item telah dikecualikan daripada Cukai Jualan
  • Berdasarkan kajian awal Kementerian Perdagagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sebanyak 70% atau 291 daripada 417 barang dan perkhidmatan yang telah diperiksa mengalami penurunan harga pada September 2018
  • Sistem kredit untuk potongan cukai jualan akan diperkenalkan mulai 1 Januari 2019 yang boleh mengelakkan percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan
  • Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan
  • Selepas melancarkan sistem SST, pihak Kastam akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap penyeludupan rokok

#3 Bantuan Sara Hidup (BSH)

Kredit: Ismaweb

  • Dianggarkan seramai 4.1 juta isi rumah akan menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion
  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah, bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan
  • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan diberikan bantuan sebanyak RM750
  • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500
  • Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang sahaja kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka

#4 Subsidi minyak RON95

Kredit: Malaysia Freebies

  • Subsidi minyak secara bersasar akan diberikan kepada pihak yang memiliki sebuah kenderaan berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc ke bawah
  • Subsidi petrol RON95 sebanyak RM0.30 seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal
  • Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal

#5 Gaji minimum dan galakan kepada pesara

Kredit: Sinar Online

  • Cadangan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 kepada pekerja di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019
  • Bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas, kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada 6% kepada 4%

#6 Perumahan

Kredit: Utusan Online

  • Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bersetuju untuk mengurangkan 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga bagi projek baharu

#7 Pengangkutan

Kredit: SPAD

  • Bermula Januari 2019, kerajaan akan memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL
  • Tabung Pengangkutan Awam dengan dana RM500 juta yang menawarkan insentif subsidi kadar faedah sebanyak 2% kepada teksi dan syarikat bas serta pengendali pengangkutan awam akan diwujudkan
  • Kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar juga akan dibekukan pada tahun 2019
  • Tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor akan dimansuhkan

#8 Pendidikan

Kredit: sinarharian.com.my

  • Bantuan pendidikan sebanyak RM2.9 bilion diperuntukkan bagi membantu golongan miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai
  • Peruntukan bagi menaik taraf dan menyelenggara Sekolah Kebangsaan (RM250 juta), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM50 juta), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (RM50 juta), Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta), Maktab Rendah Sains Mara (RM50 juta), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (RM50 juta), Sekolah Mubaligh (RM50 juta), Sekolah Tahfiz (RM50 juta), Sekolah Pondok berdaftar (RM25 juta), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan atau Conforming School (RM15 juta) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (RM12 juta).
  • Dana Wibawa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebanyak RM30 juta bagi menggalakkan institusi latihan bersaing untuk menawarkan program latihan yang lebih kompetetif dan memenuhi keperluan industri
  • RM20 juta bagi meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET

#9 Jalur lebar

Kredit: says.com

  • Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan peruntukan RM1 bilion
  • Menguatkuasakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang dijangka akan menurunkan harga jalur lebar talian tetap sekurang-kurangnya 25% pada hujung tahun 2018

#10 Penjawat awam

Kredit: utusanborneo.com.my

  • Peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah
  • Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberikan kepada pesara kerajaan

Sumber: SAYSBH Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds