Secara ringkasnya, ‘hedgehog’ dinamakan sempena dengan sifatnya yang suka menyembunyikan diri pada semak samun bagi mencari makhluk-makhluk kecil untuk memenuhi dietnya kerana ia merupakan haiwan karnivor. Antara haiwan yang menjadi makanannya adalah seperti cacing, lipan, siput, tikus, katak dan ular. Hedgehog atau nama saintifiknya ‘Erinaceus europaeus’ sejak kebelakangan ini menjadi antara haiwan popular untuk dibela oleh kebanyakan orang. Mungkin kerana ia sering menjadi pemangsa kepada serangga yang menyerang pokok kesayangan anda di laman rumah.

Melissa Schreiner, iaitu seorang pencinta haiwan yang pertama kali bertemu dengan bayi hedgehog. Menurutnya, hedgehog berkenaan yang dinamakan Wilbur tersebut pada ketika itu sangat kecil (sama saiz dengan ibu jari tangannya), manakala kulitnya bewarna merah jambu. Ternyata Melissa amat bimbang sama anda Wilbur mampu bertahan untuk terus hidup ataupun tidak kerana ia ditinggalkan oleh ibunya.

Bagi membantu Wilbur untuk terus hidup, Melissa ada menghubungi seorang wanita yang membela hegdehog dan memintanya untuk membela Wilbur. Tetapi, wanita berkenaan enggan kerana kekangan masa. Hal tersebut membuatkan Melissa memutuskan untuk membelanya dengan berbekalkan sedikit info berkaitan dengan hedgehog di internet, dan ia bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini kerana Melissa tidak tahu perkara yang betul dikongsi oleh orang lain di internet. Melissa memberinya minum susu, letakkannya dekat dengan pad pemanas bagi menghangatkan tubuh Wilbur dan ia akan tidur di sebelah katil Melissa.

Melissa turut mendapatkan nasihat pakar haiwan bagi membela Wilbur. Ternyata hedgehog memerlukan penjagaan yang berbeza dengan haiwan yang lain kerana ia mempunyai banyak kulit mati di belakangnya dan ia agak sukar untuk dibersihkan ekoran duri pada belakangnya itu. Oleh yang demikian, Melissa akan menggunakan minyak kelapa untuk disapukan pada berus gigi dan menggosok belakang badan Wilbur.

Setelah mendapat penjagaan dan kasih sayang yang mencukupi, Wilbur ternyata makin sihat dan berat badannya mula bertambah saban hari. Wilbur juga sudah mula memakan makanan pejal dan ia membuatkan Melissa amat gembira!

Wilbur pula semakin lincah, suka menyorok dan suka dimanjakan. Wilbur juga amat mesra dengan haiwan lain yang telah diselamatkan oleh Melissa. Kehadiran Wilbur yang tidak terduga dalam kehidupan Melissa amatlah bermakna baginya. Beliau amat bersyukur Wilbur ada bersama dengannya.

Tonton kisah Wilbur dalam video di bawah:

Kredit: The Dodo/Facebook

Sumber: The Dodo/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds