Burung daripada baka “silver-throated long-tailed tit” sememangnya dikenali sebagai burung yang paling comel di dunia. Ia sebenarnya mempunyai banyak nama seperti ‘ten sisters’, magenta, ‘kala jengking perak’ dan pelbagai lagi. Bulunya kelihatan tebal ekoran sayapnya yang kecil membuatkan ia tampak sangat gebu dan comel! Ia gemar melompat pada salji dan ini membuatkan ia tidak ubah seperti elf. Oleh kerana itulah, ia digelar elf salji atau pari-pari salji di Jepun.

Habitat burung comel ini adalah di Sweden tetapi ia juga biasa ditemui di bahagian Utara Eropah, Kamchatka, Sakhalin, Mongolia, Korea Utara dan Selatan, China Utara, China Tengah serta Selatan dan Timur China. Burung ini juga dikatakan sangat setia dan sentiasa dalam kumpulannya. Jika ada seekor tertangkap, maka yang lain akan berusaha membantu bagi membebaskannya.

Ekoran bulunya yang agak tebal, ia dapat tinggal di kawasan bersuhu rendah dan sejuk. Nampak sahaja saiznya ‘besar’ tetapi pergerakannya amat fleksibel. Badan yang bulat dan ekor yang panjang menjadikan ia sebagai ‘senjata’ burung ini. Lihat sahaja gambar-gambar ia di bawah ini:

Bagi yang mahu lebih ‘feel’, saksikan video burung comel ini. Pasti anda akan geram melihatnya! 

Kredit: Anakim Teh/Facebook

Sumber: Anakim Teh/Facebook, BLs

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds