RHODE ISLAND – Penduduk tempatan sangat mengenali seorang hakim mahkamah, Frank Caprio ekoran tanggungjawab yang digalasnya. Ternyata beliau sangat disenangi sehinggakan beliau telah dilantik sebanyak 6 kali untuk jawatan Ketua Hakim. Melalui rakaman, beliau juga mempunyai cara yang berbeza semasa menjalankan tugas, di mana beliau dikhabarkan sebagai seorang yang penyayang. Ada suatu ketika, seorang lelaki, Jose Jimenez datang ke mahkamah dan bercerita akan kisah 20 tahun lalu di mana hakim iaitu Frank telah mengubah dirinya yang disifatkan sebagai ‘budak nakal’.

Jose berada di mahkamah trafik bagi membincangkan mengenai dua keping tiket letak kereta. Dia tahu akan sekeping tiket berkenaan dan sudah pun membayarnya, tetapi dia tidak menyedari akan baki sekeping lagi tiket berkenaan. Sebagai hakim, Frank kemudian berkata Jose telah melanggar undang-undang berkaitan tiket kerana waktu kesalahannya adalah pada pukul 1. Jose walau bagaimanapun menjelaskan bahawa dirinya tidak menerima apa-apa surat menyebabkan dirinya tidak tahu akan kesalahan itu sehinggalah dia dipanggil ke mahkamah.

Apabila Frank mengetahui bahawa Jose telah pun membayar tiket tempat letak kenderaan yang pertama tetapi ia ditanda sebagai bayaran lewat, beliau segera menolak sebarang bayaran tambahan sebagai denda lambat bayar. Denda tersebut dikecualikan dan beliau juga membebaskan Jose. Semua perkara berkenaan tamat di situ namun tindakan Jose kemudiannya memeranjatkan seluruh isi mahkamah termasuklah Frank.

“Saya mahu berkongsi sesuatu mengenai saya… Saya mahu berterima kasih kerana 20 tahun lalu, saya adalah ‘budak nakal’ kerana akan ke sini pada setiap bulan”, kata Jose. Terdapat beberapa siri soalan yang ditanya oleh Frank ketika itu yang membuatkan Jose memikirkannya berkali-kali. Soalannya adalah seperti, “Apa cita-cita kamu? Adakah kamu mahu berada di dalam penjara? Kamu mahu mati? Atau kamu nak menjadi seorang yang berguna?” Ternyata akhirnya Jose memilih untuk menjadi seseorang yang berguna dan tidak membawa masalah kepada komuniti.

Berkobar-kobar mahu mengubah hidupnya, Jose kemudian bekerja keras bagi mendapatkan kerakyatan Amerika Syarikat dan kemudian dia telah berjaya mendapatkan lesen kenderaan, seterusnya menjadi seorang pemandu trak. Frank berterus terang bahawa beliau tidak mengingati situasi berkenaan namun beliau berkata bahawa setiap kali beliau melihat seseorang di mahkamah, beliau akan cuba untuk menggalakkan mereka untuk mengubah diri sendiri.

“Saya akan beritahu kamu sesuatu. Kamu telah ‘tersungkur’ dalam kehidupan dan ia bukanlah satu jenayah. Namun, adalah berdosa sekiranya kamu tidak bangkit semula. Tuhan sayangkan kamu. Tahniah kerana telah berjaya mengubah hidup kamu. Mari ke sini, saya mahu bersalam dengan kamu.”

Untuk lebih menghayati detik itu, saksikan rakaman video ini:

Kredit: Caught In Providence/Youtube

Sumber: EliteReadersCaught In Providence/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds