Kuasa cinta sememangnya mampu membuatkan seseorang itu berkorban apa sahaja untuk orang yang dicintai. Seperti kisah lelaki ini, yang menggunakan nama Amin pada akaun Twitternya. Di Twitter, Amin meminta orang ramai untuk memberi sokongan kepadanya yang melakukan 4 kerja kerana beliau sedang bekerja keras mengumpul wang bagi memperisterikan teman wanita yang dicintainya. Untung betul teman wanitanya itu, bukan? Tweetnya itu kemudian menjadi tular sehingga mendapat 21,000 kali retweet.

Beliau bekerja sebagai penghantar makanan Food Panda pada waktu pagi sehingga petang

Kredit: amnfdhl__

Pada waktu petang hingga ke malam pula, beliau menawarkan perkhidmatan membaiki telefon

Kredit: amnfdhl

Waktu malam setiap Khamis, beliau akan ke pasar malam di Jalan Ikan Mas, Cheras untuk menjual air koko. Harga untuk setiap botol air koko berkenaan adalah RM5 dan beliau menyediakan khidmat penghantaran sekiranya anda membeli lebih 5 buah botol

Kredit: amnfdhl

Kredit: amnfdhl

Akhir sekali, beliau akan membantu keluarganya menjual pakaian di Jalan Tunku Abdul Rahman pada setiap hari Sabtu 

Kredit: amnfdhl

Untuk pengetahuan anda, beliau dikenali sebagai Pakcik Gadget di laman Instagram kerana menjual iPhone selain turut menawarkan khidmat membaiki dengan menggunakan barangan gantian original.

Kredit: amnfdhl

Kredit: amnfdhl

Mendengar sahaja akan kisahnya ini, kita pula yang terasa penatnya. Sungguhpun agak sibuk bekerja, namun pemuda ini masih lagi boleh meluangkan masa untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.

Kesungguhan beliau menyebabkan ramai pengguna Twitter memberikan kata-kata semangat dan positif kepadanya:

Kredit: amnfdhl

Sumber: amnfdhl/Twitter, World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds