Apakah reaksi yang akan anda pamerkan apabila melihat anak-anak meragam? Sesabar mana pun anda, kadangkala kelakuan anak-anak yang banyak ‘songeh’ dan sering membuat perangai terutamanya apabila berada di khalayak ramai pastinya akan membuatkan anda hilang sabar. Apatah lagi jika anda mempunyai masalah di tempat kerja dan sangat keletihan pada ketika itu.

 

Kredit: Verywell Family

Bagaimanapun, seorang ibu dikenali sebagai Shauna Harvey ini telah mengongsikan pengalamannya sendiri tentang cara untuk mengekalkan toleransi sewaktu anak kecil meragam.

Shauna merupakan ibu kepada seorang kanak-kanak prasekolah dan dia telah menemui satu tips keibubapaan yang mahu dikongsikannya kepada semua ibu bapa di luar sana!

Kredit: Shauna Harvey/Facebook

“Saya mendapati saya seringkali tertekan, setiap hari saya akan menghantuk kepala di dinding kerana saya tidak faham mengapa anak saya yang berusia empat tahun bersikap kurang ajar dan tidak mahu mendengar kata. Setiap hari saya hampir menangis kerana ini.”

Seperti mana kebanyakan ibu bapa lain, Shauna turut mengakui bahawa dia sering hilang kesabaran dalam melayani kerenah anaknya itu. Namun nasib baik, dia telah menemui satu penyelesaian dalam menangani perkara ini.

Kredit: Unique Parenting Tips

Menurut Shauna, dia telah tertarik dengan satu idea daripada Ibu Ideal, Kelly Holmes. Kelly yang merupakan seorang blogger menjelaskan bahawa kebanyakan ibu bapa telah membentuk ‘tabiat buruk sewaktu berinteraksi dengan anak-anak’ dengan menggunakan nada tinggi mahupun kata-kata tajam. Perkara ini biasanya dilakukan di luar kawalan ibu bapa sama ada mereka sedar mahupun tidak.

Justeru, untuk mengelakkan perkara tersebut, Kelly Holmes telah mengongsikan teknik 5 getah rambut yang dipercayai mampu membantu seseorang dalam mengawal kemarahan masing-masing!

Kredit: Shauna Harvey/Facebook

“Saya memakai 5 getah rambut pada pergelangan tangan bermula daripada saya bangun tidur sehinggalah waktu saya menidurkan anak. 5 getah rambut ini melambangkan setiap kali anda hilang kesabaran atau mengatakan sesuatu yang tidak baik kepada anak. Setiap kali perkara itu terjadi, anda alihkan satu getah ke pergelangan tangan lain. Untuk mendapatkan semula getah itu, anda perlu lakukan 5 perkara positif dengan anak (parti tarian, menyanyi bersama, membaca bersama dan lain).”

“Daripada pembacaan saya, kajian sains menunjukkan bahawa setiap reaksi yang tidak baik memerlukan 5 reaksi POSITIF untuk meraih hubungan yang positif. Saya akan menggunakan kaedah ini sehingga ia menjadi tabiat dan memastikan ia menjadi rutin harian.”

Sejak mengamalkan teknik ini, Shauna mengakui bahawa hidupnya semakin berubah ke arah yang lebih baik. Katanya:

“Saya habiskan sehari suntuk dengan kesemua 5 getah di pergelangan tangan asal. Saya sangat bangga dengan diri sendiri kerana mengamalkan kesabaran bersama anak.”

Perkongsian ini amat menarik perhatian netizen dan ada juga segelintir mereka yang berpendapat kaedah ini juga boleh dipraktikkan untuk perkara lain.

Kredit: Vivint

“Saya rasa kita boleh buat benda yang sama setiap kali kita merungut… atau setiap kali kita mengatakan sesuatu yang negatif tentang diri sendiri. Apa-apa tabiat buruk.”

Semoga perkongsian daripada Shauna ini dapat membantu para ibu bapa di luar sana untuk menangani anak-anak dengan lebih baik.

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds