KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan mengenai pemansuhan peperiksaan bagi semua pelajar Tahap 1 yang melibatkan pelajar tahun satu, dua dan tiga bermula tahun 2019.

Kredit: MalaysiaKini

Menurut kenyataan beliau di akaun Twitternya, tindakan pemansuhan peperiksaan itu akan digantikan dengan sistem pentaksiran yang bersifat lebih objektif.

Kredit: Utusan Online

Tweet yang dimuat naik pada jam 8.04 pagi 31 Oktober itu sehingga kini mendapat lebih daripada 2,300 ‘retweet’ dan 2,500 ‘likes serta 144 komen dari pengguna Twitter lain.

Perkongsian tersebut dilihat menerima maklum balas yang positif di mana rata-rata netizen amat menyokong usul tersebut kerana ianya mampu mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh murid.

Kredit: Kosmo

“Setuju. Tak sesuai anak-anak darjah 1 hingga 3 dibebankan dengan peperiksaan. Sebaiknya usia ini tumpu pada pembentukan sahsiah supaya dewasa nanti jadi beradab,” komen seorang netizen.

Sumber: Utusan OnlineMalaysiaKiniTwitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds