Anjing terkenal dengan kepintaran dan kesetiaan kepada tuannya. Namun kepintaran anjing ini agak luar biasa daripada anjing-anjing yang lain. Anjing genius yang diberi nama Happiness ini berupaya mengambil pelbagai barang yang diarahkan oleh tuannya.

Kadang kala tuannya tidak perlu menyebut secara langsung barang yang perlu diambilnya, hanya menyebut sesuatu petunjuk atau situasi Happiness sudah tahu apa yang perlu diambil. Namun, Happiness kelihatan seperti hanya menurut perintah tuannya sahaja.

Hubungannya dengan tuannya kelihatan sangat rapat. Apabila tuannya mengarahkannya supaya mengambil penyodok tanah, Happiness segera berlari mengambilnya. Kelihatan seperti Happiness tahu dimana barang-barang di rumah itu diletakkan.

Happiness membawa bakul berisi wang ke kedai runcit berhampiran untuk ‘membeli’ dua tin kopi setelah diarahkan oleh tuannya.

Dengan hanya menunjukkan gaya seperti sedang menggunakan penukul, Happiness sudah faham bahawa tuannya memerlukan penukul.

Tuannya hanya memberitahu bahawa hujan akan turun, Happiness dengan pantas mengambil payung.

Barang-barang diletakkan di atas tikar untuk melihat sejauh mana kepintarannya….

Ternyata, Happiness berjaya mengambil kesemua barang dengan tepat, mengikut arahan daripada tuannya.

Untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan Happiness, tonton video di bawah:

Kredit: SBS TV/Facebook

Sumber: SBS TV/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds