Apabila Jenny Desmond, penyelamat cimpanzi, mendengar bahawa seorang pengedar haiwan peliharaan eksotik cuba menjual seekor bayi cimpanzi di Monrovia (ibu kota Liberia), dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Jenny bekerja dengan pihak berkuasa hidupan liar tempatan untuk menyelamatkan cimpanzi dan menangkap pelaku yang memperdagangkan cimpanzi. Jenny Desmond menubuhkan Liberia Chimpanzee Rescue and Protection (LCRP) bersama suaminya, Jim.

Bersama-sama, mereka menubuhkan operasi untuk memerangkap pengedar haiwan peliharaan eksotik. Dia perlu memerangkap mereka dengan menawarkan wang supaya mereka dapat ditangkap oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan (Forestry Development Authority). Ini adalah agensi kerajaan yang menguatkuasakan undang-undang hidupan liar di Liberia.

Sebelum Jenny Desmond menubuhkan pusat perlindungan cimpanzi, pihak berkuasa Liberia tidak mengendahkan tentang perdagangan cimpanzi yang berlaku.

Ini kerana pihak berkuasa tidak mempunyai mana-mana tempat untuk meletakkan haiwan itu selepas melakukan rampasan. Malangnya, kerana alasan ini, perdagangan haiwan eksotik telah berkembang di Liberia.

Jenny dan suaminya tiba di Liberia pada tahun 2015 dan mereka telah menyelamatkan lebih daripada 20 ekor cimpanzi yang sedang diperdagangkan. Mereka ditempatkan di tempat perlindungan sementara. Menjelang tahun 2017, mereka memajak tanah hutan seluas 100 ekar di sepanjang sungai tempatan di mana mereka merancang untuk membina tempat perlindungan.

Kini, pasangan itu terus menjaga dan membantu bayi cimpanzi membesar dan hidup bebas.

Jenny menyukai kesemua cimpanzi yang telah mereka selamatkan tetapi bayi kecil bernama Ella telah menangkap hatinya. Ibu bapa Ella telah hilang dan Ella diperdagangkan. Setelah menyamar, dia berjaya mendapatkan Ella daripada pengedarnya dan membawanya ke tempat perlindungan mereka.

Sekarang, Ella menganggap Jenny seperti ibunya dan mereka memiliki ikatan yang comel. Tonton video di bawah untuk melihat kisah bagaimana Jenny menjadi ibu angkat Ella. Ella tidak boleh berhenti tersenyum sekarang kerana hidup dalam suasana yang selamat dan bahagia dengan ‘ibu baru’ dan cimpanzi lain.

Sumber: happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds