Bagi golongan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, kadangkala untuk menguruskan seorang atau dua orang anak, kita sudah mula mengeluh. Tidak tahu bagaimana rasanya jika terpaksa menguruskan 38 orang anak kandung sendiri. Dan ini bukan gurauan, tetapi satu kenyataan.

Seorang wanita dari Uganda berusia 39 tahun telah melahirkan 44 orang anak, dengan enam orang daripadannya telah meninggal dunia. Kini, wanita ini membesarkan 38 orang anaknya secara bersendirian tanpa bantuan suami. Ikuti kisah wanita hebat yang amat mengagumkan ini.

Kredit :  Kassim Kayira / Facebook

Nama wanita berasal dari Uganda ini ialah Mariam Nabatanzi, dan kehidupannya semenjak dilahirkan tidak pernah mudah. Semasa berusia 13 tahun, Mariam telah dijual oleh ibu bapanya kepada seorang lelaki yang berusia 27 tahun lebih tua. Ibu bapa Mariam memanggilnya sebagai perkahwinan, tetapi Mariam tidak mengetahuinya sehingga dia ditinggal di rumah lelaki itu. Setahun kemudian, Mariam melahirkan anak pertama, sepasang kembar. Tahun berikutnya, kembar tiga dan tahun seterusnya, kembar empat.

Kredit :  Kassim Kayira / Facebook

Mariam hanya seorang remaja biasa, tetapi sudah melalui liku kehidupan berumah tangga yang sukar. Katanya, “Suami saya mempunyai anak yang ramai melalui perhubungannya dengan perempuan-perempuan lain pada masa lalu. Saya terpaksa menjaga kesemua anak-anak ini kerana ibu-ibu mereka yang menghilang entah ke mana. Suami saya seorang kaki pukul dan akan memukul saya apabila mendapat peluang dan berasa tidak puas hati dengan saya, terutama jika saya mengemukakan idea yang dia tidak suka.”

Kredit :  Kassim Kayira / Facebook

Sehingga satu ketika, Mariam sudah melahirkan 23 orang anak, dan berpendapat ia sudah cukup. Mariam membuat keputusan berjumpa dengan doktor untuk membuat prosedur mengikat saluran peranakannya supaya tidak lagi boleh hamil. Akan tetapi, hasil pemeriksaan menyeluruh, doktor memberitahu Mariam memiliki kiraan ovari yang tinggi dan sebarang prosedur untuk menyekatnya akan memberi kesan terhadap tahap kesihatan dan membahayakan nyawanya.

Mariam tidak dapat berbuat apa-apa, dan selepas itu telah melahirkan 44 orang bayi secara keseluruhan. 6 pasangan kembar, 4 set kembar tiga, 3 set kembar empat, dan dua orang lagi tanpa kembar. Enam orang anaknya telah meninggal dunia dan kini tinggal 38 orang yang dijaga olehnya secara bersendirian. Mariam berkata dia tidak pernah menyesal melahirkan kesemua anak ini sambil berkata anak itu kurniaan rezeki dan rahmat dari Tuhan.

Kredit :  Kassim Kayira / Facebook

Cuma apa yang menyedihkan buat dirinya sehingga kini ialah anak-anak ini dibiarkan membesar tanpa bantuan bapa mereka. Suami Mariam sering menghilangkan diri selama berbulan-bulan, dan kemudian selama bertahun, dan akhirnya tidak lagi muncul dan meninggalkan kesemua mereka. Suami Mariam tidak pernah mengambil tahu atau pernah mengambil walau sedikit bahagian dan peranan membesarkan anak-anak, kecuali memberi mereka nama dan itu pun melalui telefon. Anak lelaki sulung Mariam yang berusia 23 tahun berkata, dia tidak pernah bertemu bapanya sejak berusia 13 tahun.

Kredit :  Kassim Kayira / Facebook

Akan tetapi, Mariam tidak ada masa untuk mengeluh, berasa menyesal, kasihan atau terkilan dengan dirinya. Ibu mengagumkan ini terus fokus dengan mendedikasikan diri untuk memberi kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh anak-anak ini. Mariam berusaha membekalkan segala keperluan demi masa depan anak-anaknya. Mariam membelanjakan wang yang banyak untuk makanan, dengan setiap hari mereka perlu menyediakan 10 kilogram tepung jagung, 7 kilogram kekacang dan 4 kilogram gula bagi keperluan makanan.

Kredit :  Kassim Kayira / Facebook

Apa yang lebih mengagumkan, walaupun menjalani kehidupan yang sangat sukar, kesemua anak-anak Mariam akan dipastikan mendapat pendidikan yang sempurna. Anak kembar pertamanya kini sudah menjadi jururawat dan seorang lagi menjadi jurubina berkelayakan. Katanya, “Saya sentiasa berdoa dan menyatakan harapan agar kesemua anak saya mendapat pendidikan di sekolah kerana mereka semua bercita-cita tinggi mahu menjadi doktor, guru dan peguam. Saya mahu mereka semua mencapai impian masing-masing, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh saya.”

Kredit : happeningsmediang / Twitter

Untuk membiayai kesemua perbelanjaan anak-anak ini, Mariam bekerja sambilan dengan mempelajari pelbagai kemahiran. Mariam mengutip herba di hutan dan menjualnya di pasar, membuat kuih dan kek, bekerja membina rumah, mendandan rambut, mengatur dan menyusun acara keraian sehingga menjadi pengandam pengantin. Kata Mariam, “Saya tahu anak-anak ini adalah hadiah dari Tuhan dan mereka semua adalah harta berharga buat saya. Jadi, saya berusaha sebaik mungkin untuk memberi dan menyediakan segala keperluan buat mereka.”

Kredit :  Kassim Kayira / Facebook

Seorang bekas wartawan BBC, Kassim Kayira telah mendapat tahu tentang kisah Mariam yang hebat, membesarkan keluarga besarnya secara bersendirian lalu bertanggungjawab membawa kisah wanita mengagumkan ini untuk didedahkan kepada dunia. Ketika ditemuramah Kassim, Mariam menyampaikan pesanan, “Hentikan perbuatan menjual anak perempuan kamu kepada lelaki tidak dikenali bagi tujuan perkahwinan usia muda. Mereka akan menderita. Kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa bukan satu perkara yang boleh dipulihkan dan mereka akan mengingatinya sampai bila-bila.”

Kredit :  Kassim Kayira / Facebook

Ibu hebat ini menambah, “Saya sentiasa berjuang dalam memastikan anak-anak saya sentiasa cukup makan dan sihat. Saya tidak akan meninggalkan mereka, walaupun kami melalui saat sukar setiap hari. Kepada lelaki di luar sana, jangan lupa tanggungjawab anda setelah berkahwin. Perkahwinan itu adalah tanggungjawab bersama suami dan isteri terutama dalam hal membesarkan anak-anak.”

Kredit :  Kassim Kayira / Facebook

Kehidupan bagi wanita ini amat sukar, tetapi dirinya sentiasa positif menghadapi pelbagai dugaan membesarkan kesemua 38 anak kandung secara bersendirian. Semoga kesemua anak-anak Mariam membesar menjadi insan terbaik sehingga dapat berbakti serta membalas jasa dan pengorbanan ibu mereka yang hebat.

Sumber : Kassim Kayira / FacebookBright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds