Ramai orang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri. Tetapi pasangan muda dari Nottingham, United Kingdom, telah memutuskan untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Kerana kedua-dua mereka suka mengembara dan pekerjaan mereka  – mereka memutuskan bahawa mereka memerlukan rumah yang boleh dibawa bersama ke mana sahaja.

Jadi, selepas berfikir panjang, Martin telah mendapat satu idea – dia harus membeli sebuah kenderaan rekreasi yang besar. Namun, Martin dan Iona bukan mahu membeli sebuah kenderaan rekreasi yang sudah siap diubah suai, mereka memutuskan untuk membeli sebuah trak dan mahu mengubah suainya mengikut citarasa mereka sendiri.

Iona dan Martin membeli sebuah trak di Ebay, yang sebelum ini digunakan untuk menghantar roti, hanya untuk £ 3,600 (kira-kira RM19,300). Bagaimanapun, untuk menyelesaikan sepenuhnya pengubahsuaian dan menghidupkan sebuah trak penghantaran menjadi rumah yang selesa bukanlah sesuatu kerja yang mudah.

Martin melakukan kebanyakan kerja berat dan Iona mereka bentuk ruangan dalaman. Mereka bekerja pada projek itu sepenuh masa dan mengambil masa empat bulan untuk disiapkan. Sekarang, mereka menikmati ‘rumah beroda’ mereka yang cantik dan pemandangan gunung di Perancis. Lihat gambar-gambar di bawah untuk melihat hasil kerja pasangan itu dengan mengubah trak lama menjadi sebuah rumah yang bergaya.

Ini adalah Iona Stewart dan Martin Hill – pasangan dari Nottingham yang kedua-dua mereka merupakan pemain papan luncur salji

Baru-baru ini, pasangan yang gemar mengembara ini memutuskan untuk membeli sebuah trak penghantaran terpakai yang boleh digunakan untuk mengembara dan sebagai tempat tinggal

Mereka membelinya di Ebay dengan harga hanya £ 3,600 (kira-kira RM 19,300)

Pasangan ini menghabiskan £ 20,000 (kira-kira RM 107,200) untuk mengubah suai trak itu

Inilah rupa trak tersebut selepas diubah suai. Martin dan Iona merancang untuk tinggal di dalamnya dan menjimatkan wang ke atas penginapan semasa mengembara seluruh Eropah

Walaupun rupa luarannya kelihatan biasa….

… bahagian dalam trak telah berubah menjadi rumah yang selesa dan cantik

Rumah ini dilengkapi sepenuhnya dan mempunyai semua yang anda perlukan

Semasa Martin melakukan kebanyakan kerja, Iona mereka bentuk bahagian dalam trak itu

Rumah trak mereka lengkap dengan semua kemudahan 

Mereka mengambil masa empat bulan untuk mengubah suai trak itu sepenuhnya

 

Semua kerja-kerja dilakukan oleh mereka sendiri

Hasil kerja mereka sangat menakjubkan dan kemas

Pasangan itu juga mereka bentuk tempat itu pada dua aras berbeza

Bilik tidur dilengkapi dengan katil yang selesa dan perabot yang bergaya

Ruang penyimpanan telah dirancang dengan teliti supaya kesemua barang-barang mereka muat untuk disimpan di dalamnya

Ini adalah rupa bilir air mereka

Ruang di dalam trak dipisahkan oleh pintu untuk menjadikannya selesa dan praktikal

Rumah pasangan ini penuh dengan butiran bergaya dan sedikit artistik 

Mereka kini berada di Perancis, sedang menikmati pemandangan pergunungan

Mereka tidak mempunyai rancangan untuk kembali ke United Kingdom, dan berhasrat untuk meneruskan perjalanan

Sumber: Iona Stewartboredpanda

 

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds