Ketika kebanyakan orang memulakan pagi mereka dengan berjalan kaki di taman bersama anjing mereka, tetapi budak lelaki ini pergi ke pelabuhan untuk menyambut kawan besarnya.

Rakaman yang luar biasa ini menunjukkan budak itu pergi untuk melawat ‘sahabat karibnya’ di pelabuhan untuk memberinya makan. Budak lelaki yang memakai singlet putih dan seluar pendek berwarna merah dapat dilihat berjalan ke tepi dermaga sebelum ikan pari besar berenang menghampiri tempat budak lelaki tersebut berdiri.

Ikan pari gergasi tersebut mungkin kelihatan ganas dan liar tetapi sebaik sahaja ikan pari itu melihat kehadiran budak lelaki itu, ikan pari itu segera muncul dari permukaan air untuk menyambutnya!

Kanak-kanak itu kelihatan tidak takut pada ikan pari besar itu, malah dia bertindak mengusap kepala ikan pari itu.

Pada pandangan pertama, ikan pari itu kelihatan lembut dan tenang seperti anjing menyapa tuannya pada waktu pagi. Video ini juga menunjukkan budak itu memberi makanan kepada ikan pari itu.

Apabila budak lelaki itu menepuk pada permukaan air, ikan pari tersebut akan datang menghampirinya.

Video ini dirakam di Pulau Canary, Sepanyol. Pulau ini merupakan habitat pelbagai jenis ikan pari dan tidak menjadi perkara yang pelik untuk melihat ikan-ikan berkumpul berhampiran dermaga termasuk ikan pari yang mesra ini.

Tonton video tersebut di bawah:

Kredit: Roadside Picnic/Facebook

Sumber: onlineyubaRoadside Picnic/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds