Kebanyakan daripada kita memang suka melihat kereta-kereta mewah. Namun, hanya yang benar-benar mampu sahaja layak untuk memiliki kenderaan sebegini.

Hal ini demikian kerana wang yang banyak bukan sahaja diperlukan untuk membeli kereta mewah, tetapi kos untuk membaiki kereta seperti ini juga agak tinggi! Jadi, jika kita tercalar mahupun terlanggar kereta mewah secara tidak sengaja, kita pasti akan kecut perut!

Baru-baru ini, seorang wanita yang menjual taufufah di Maoming, Guandong, China telah melanggar sebuah kereta Rolls Royce yang diparkirkan di tepi jalan. Gerai itu dikatakan mengalami masalah kegagalan fungsi brek semasa berada di kawasan cerun. Akibatnya, gerai tersebut menggelongsor ke bawah dan melanggar kereta mewah itu.

Kejadian ini menyebabkan kereta Rolls Royce itu mempunyai calar pada bahagian pintu dan penjual ini berasa amat takut dengan apa yang bakal dihadapinya…

Jiran tetangga terdengar kekecohan dan keluar untuk melihat apa yang telah berlaku. Kejadian ini membuatkan penjual taufufah tersebut takut dan cemas. Dia sedar bahawa insiden itu berpunca daripadanya namun dia juga sedar dia tidak mampu untuk membayar kos ganti rugi kepada pemilik kereta berkenaan.

Bagaimanapun, pemilik kereta itu tahu bahawa insiden tersebut tidak dilakukan secara sengaja. Jadi dia berkata:

“Dia adalah penjual taufufah dan mungkin tidak mampu membayar ganti rugi. Tidak mengapa, biarkan sahaja. Cepat pergi habiskan jualan awak”.

Tindakan orang kaya itu membuatkan penjual ini berasa serba salah. Selama beberapa hari, dia mengelakkan diri daripada berniaga di kawasan perumahan pemilik kereta itu.

Simpati dengan penjual berkenaan, pemilik kereta itu kemudian telah menghubungi wanita terbabit dan memintanya untuk terus menjual taufufah di kawasan itu. Malah, dia sendiri bersama-sama keluarganya turut mengunjungi penjual terbabit bagi menyatakan keikhlasan hati mereka.

“Keluarga saya juga miskin dan saya pernah terpaksa bekerja keras untuk menanggung keluarga. Saya sangat sedih dan pernah mengalami situasi yang sama pada suatu masa dahulu,” kata pemilik kereta itu kepada penjual tersebut. Malah, pemilik kereta itu turut meminta agar wanita itu terus menjual taufufah di kawasan kejiranan berkenaan memandangkan ramai orang amat suka memakannya.

Video ini menular dengan segera dan menerima banyak reaksi positif daripada netizen.

“Pemilik kereta itu mempunyai hati yang sangat baik. Tidak ramai orang seperti ini. Inilah kekayaan yang sebenar”.

Sumber: Pear Video

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds