Pada zaman ini, peristiwa lamaran semakin menjadi-jadi dan ianya dilakukan seolah-olah untuk menunjuk-nunjuk di media sosial. Ada yang sanggup mengupah jurugambar profesional semata-mata untuk mengabadikan kenangan tersebut dan ada juga yang sanggup berbelanja besar demi menjadikan lamaran tersebut diterima.

Baru-baru ini, seorang lelaki kaya dari Changsa, wilayah Hunan telah merancang satu lamaran yang sangat romantik kepada wanita yang dicintainya. Pada sangkaan lelaki itu, lamaran ini pastinya tidak akan ditolak oleh teman wanitanya.

Jadi, dia telah merancang untuk mengajukan soalan cepumas tersebut di luar kompleks beli-belah Wanda Plaza pada Sabtu lalu (20 Oktober).

Sekitar jam tiga petang, lelaki ini telah memandu sebuah Lamborghini mewah berwarna jingga bersama rakan-rakannya dan meminta teman wanitanya untuk menunggu di kawasan lapang kompleks berkenaan.

Selain itu, lelaki ini turut menyediakan hadiah sampingan lain seperti sejambak bunga ros, bunga api dan juga belon. Tidak lama kemudian, tibalah wanita yang diidamkan oleh lelaki ini untuk menjadi suri hatinya.

Wanita tersebut kelihatan amat terkejut apabila teman lelakinya secara tiba-tiba melutut lantas menanyakan soalan tersebut sambil menghulurkan sejambak bunga ros.

Pada ketika itu, orang ramai kelihatan mengelilingi pasangan ini untuk menyaksikan detik indah lagi manis itu. Bagaimanapun, gadis itu kelihatan seperti berada dalam dilema dan ragu-ragu.

Melihatkan teman wanitanya masih belum memberikan jawapan, lelaki ini memberitahu bahawa dia telah membeli kereta mewah berkenaan sebagai hadiah perkahwinan.

Setelah beberapa detik, ini merupakan jawapan yang diberikan oleh wanita itu.

“Saya minta maaf, saya tidak mahu. Saya minta maaf.”

Wanita itu turut memberi alasan bahawa dia enggan mengahwini seorang lelaki China dan dia belum lagi bersedia untuk berkahwin. Keengganan wanita ini untuk menerima lamaran tersebut membuatkan lelaki itu bingkas bangun dan merayu supaya wanita itu mengahwininya.

“Saya ada duit, saya boleh beli seberapa banyak pun kereta seperti ini. Saya boleh beli apa sahaja yang awak mahu. Kahwini saya! Kahwini saya!”

Malu dengan insiden itu tambahan pula ianya disaksikan oleh ramai manusia, wanita berkenaan segera berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

“Jangan pergi! Kahwinlah dengan saya!” rayu teman lelaki itu.

Namun, wanita ini menolak tangan lelaki berkenaan dan berkata, “Kalau awak ada duit, jadi?!” sebelum pergi dari lokasi kejadian dan meninggalkan bekas teman lelakinya kesedihan di situ.

Jika anda sangkakan drama ini sudah tamat, anda silap! Sebaik sahaja kecewa dengan penolakan lamaran itu, lelaki ini mula membuat perangai. Dia mencampakkan bunga itu ke arah kamera sebelum berpaling untuk memusnahkan struktur pameran di bangunan itu.

Walaupun rakan-rakannya cuba untuk menenangkan lelaki itu, dia tetap bertindak ‘liar’ sekali gus menyebabkan ramai terkejut melihat reaksi lelaki berkenaan. Tidak hairanlah mengapa gadis itu enggan menjadikan lelaki itu sebagai pasangan hidupnya.

Tonton video di bawah:

Kredit: Youtube

Sumber: World of BuzzYoutube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds