Baru-baru ini, kejutan berlaku di pertunjukan fesyen. Pertunjukan fesyen tersebut yang diadakan di Istanbul, Turki telah ‘diceroboh’ oleh seekor kucing yang comel. Kucing tersebut telah mencuri perhatian dan hati semua pengunjung di situ.

Orang-orang dalam industri fesyen mungkin sangat sukar untuk menarik dan mencuri perhatian orang ramai, tetapi mereka yang hadir di Pameran Fesyen Antarabangsa Esmod, tidak menjangkakan kejutan akan berlaku. Seekor kucing telah naik ke atas pentas peragaan ketika model-model sedang memperagakan fesyen masing-masing.

“Semua orang terkejut,” pereka fesyen Göksen Hakkı Ali memberitahu The Dodo.

Tidak jelas dari mana kucing itu datang, tetapi motifnya cukup jelas – kucing itu mahukan perhatian penuh dan kekaguman para penonton. Kucing tersebut juga kelihatan cuba untuk mengganggu model-model yang sedang berjalan di atas pentas tersebut.

Seorang model yang sedang berjalan kelihatan tersenyum kerana terhibur melihat gelagat kucing comel tersebut. Ternyata kucing comel itu berjaya mencuri perhatian semua orang yang berada di pertunjunkan fesyen tersebut.

vakkoesmodistanbul

 

eunkyoungkoh

Tonton gelagat kucing itu di atas pentas pertunjukan fesyen dalam video di bawah:

 

在 Instagram 查看這則貼文

 

H(@hknylcn)分享的貼文 張貼

Sumber: thedodo

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds