Antara haiwan peliharaan yang menjadi kesayangan pemilik pasti mempunyai ikatan perhubungan erat yang tidak  dapat dijelaskan dengan perkataan. Hanya mereka yang memiliki haiwan kesayangan seperti anjing dan kucing sahaja yang dapat merasai dan mengalami perasaan itu.

Pemilik anjing peliharaan misalnya kadangkala mahu menguji sejauh mana kesetiaan anjing mereka dengan melakukan lakonan dan situasi ‘cemas olok-olok’ untuk melihat reaksi haiwan ini apabila berhadapan dengan ancaman.

Kredit : Paparan Skrin Facebook

Apa yang pasti, sekiranya terdapat gangguan atau ancaman, haiwan peliharaan seperti anjing yang rapat dan setia dengan pemilik akan cuba memberi perlindungan dengan sedaya upaya mereka. Anjing peliharaan akan menjadi bimbang dan marah apabila melihat pemiliknya diganggu atau diancam bahaya.

Kredit : Paparan Skrin Facebook

Seperti seekor anjing kecil comel ini yang menjadi tersangat marah apabila melihat tuannya sedang ‘dimarahi’ dan akan ‘dipukul’ kerana ‘telah membuat kesalahan’. Walaupun anjing tidak tahu apa masalah sebenar gadis ini, tetapi dia tetap bertindak garang untuk melindunginya daripada dipukul.

Kredit : Paparan Skrin Facebook

Begitu juga dengan dua ekor anjing yang melihat tuannya sedang ‘berpura-pura lemas’ sebagai sebahagian latihan untuk menguji sejauh mana keupayaan anjing ini boleh menyelamatkan orang lain apabila dia berasa terdapat ancaman dan bahaya. Sudah pasti anjing akan berasa bimbang dan menjadi marah apabila melihat tuannya hampir lemas lalu bertindak terjun ke dalam air dan menarik tuannya itu ke darat dengan seluruh kudrat dan upaya.

Kredit : Paparan Skrin Facebook

Mungkin bagi sesetengah orang, rakaman video ini  tidak melucukan. Tetapi melihat reaksi haiwan-haiwan ini bertindak apabila mereka berhadapan dengan situasi bahaya dan ancaman, akan membuat kita berasa kagum dan tersentuh, bahawa sesungguhnya haiwan ini amat setia dan taat kepada pemiliknya, dengan sanggup berkorban sambil menunjukkan kasih sayang ikhlas yang tidak berbelah bahagi.

Lihat rakaman video reaksi anjing peliharaan ini apabila bertindak melindungi tuan kesayangan mereka di bawah.

Kredit : Daily Viral Stories /Facebook

Sumber : Daily Viral Stories / Facebook 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds