Pada 26 Oktober yang lalu, satu perkongsian dari pengguna Facebook yang dikenali sebagai Anis Amiza telah menjadi tular sehingga meraih lebih daripada 24,000 kali perkongsian.

Dalam entri tersebut, Puan Anis telah mengongsikan pengalaman menakutkan buat dia dan suaminya apabila anak mereka, Wan Haziq yang baru berusia dua tahun terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara terlebih minum susu rumusan bayi.

Kredit: Anis Amiza

Menurut Puan Anis, anak kesayangannya mengalami sakit perut setiap kali meminum susu. Malah, dikatakan anaknya akan minum sebanyak 10 botol susu sehari di mana setiap botol berisipadu 260ml.

Namun begitu, Haziq mula menunjukkan kesan sampingan negatif selepas pengambil susu berkenaan.

“Hari pertama dan kedua, Haziq sudah tunjuk simptom-simptom cirit-birit dan muntah. Tapi yang paling teruk pada hari ketiga, dia buang air besar dalam keadaan cangkung sambil menahan sakit”.

Kredit: Anis Amiza

Lebih mengerikan lagi, Puan Anis memaklumkan bahawa Haziq mula mengalami pendarahan ketika membuang air besar dan hal ini membuatkan ibu ini panik serta khuatir dengan keadaan kesihatan anaknya itu.

Kredit: Anis Amiza

“Ibu mana tidak panik apabila buka lampin, penuh darah. Menggigil satu badan. Bergegas pergi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pukul empat pagi. Sepanjang perjalanan tidak henti-henti istigfar.”

Anaknya terus dibawa ke bahagian kecemasan dan Haziq diminta untuk ditahan di wad buat sementara waktu. Setelah doktor melakukan pelbagai diagnosis, doktor mengesahkan bahawa keadaan yang dialami oleh Haziq adalah disebabkan oleh terlebih minum susu.

Kredit: Anis Amiza

“Sehari Haziq buang air besar lebih 20 kali. Dinding usus keradangan dan luka kerana Haziq kerap buang air besar. Paling sedih pada hari ketiga, Haziq buang air besar berdarah dari pukul empat pagi tanpa henti sehingga malam. Lampin ada 52 keping habis licin!”

Kredit: Anis Amiza

Justeru, Puan Anis berhasrat agar perkongsiannya ini dapat dijadikan sebagai pengaran buat para ibu bapa di luar sana untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku kepada anak masing-masing.

“Ibu di luar sana, kalau anak yang berumur dua tahun ke atas, tolong kurangkan susu. Kalau boleh, paksa anak makan. Jangan jadikan susu itu makanan harian.”

Jika anda mendapati anak-anak mula mengalami dan mengadu sakit perut selepas meminum susu, pastikan anda mengurangkan kekerapan memberi susu kepada anak walaupun anak anda merengek dan meronta meminta susu.

Kredit: Anis Amiza

Puan Anis turut sempat memberikan satu tips tentang cara untuk mengelakkan anak daripada meminta susu.

“Ibu-ibu boleh cuba letak air kosong dalam botol susu. Bagi anak minum dan cakap pada anak ‘Susu sudah habis. Kena pergi beli dahulu.”

Jika anak tetap menangis, anda boleh cuba memberikan susu segar kepada anak-anak bagi menggantikan susu formula. Walaupun harga susu segar ini agak mahal, tetapi demi kesihatan anak-anak, tidak salah untuk anda berkorban.

Sumber: Anis Amiza/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds