Satu statistik yang amat mengejutkan dibahaskan di parlimen pada 25 Oktober lalu di mana, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjawab soalan daripada wakil rakyat parlimen Ledang iaitu Syed Ibrahim Syed Noh.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SWCorp Malaysia, Datuk Seri Nasution mendedahkan bahawa sebanyak 3,000 tan (lebih kurang 3,000,000 kilogram) makanan yang masih lagi selamat untuk dimakan, telah dibuang pada setiap hari oleh rakyat Malaysia. Beliau berkata “Jika dihidangkan, makanan berkenaan dapat mengisi perut seramai 2 juta orang. Malangnya, makanan tersebut tidak disimpan tetapi dibuang”.

Kredit: The Star

Bagi mengatasi isu ini, Saifuddin berkata pihak kerajaan sedang berusaha untuk melancarkan program Bank Makanan Malaysia pada Januari ini dalam usaha menyelamatkan makanan daripada dibuang dan diedarkan. Gedung pasaraya seperti Aeon, Aeon Big dan Tesco merupakan antara pemborong yang telah pun bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam inisiatif ini sementara bank makanan seperti Bank Makanan Kechara, Bank Makanan Mutiara dan Food Aid Foundation juga akan terlibat. Makanan hasil daripada inisiatif ini akan didermakan secara langsung kepada kumpulan sasar oleh para sukarelawan.

Kredit: Berita Harian

Saifuddin turut menambah bahawa pendekatan ini akan membantu mengurangkan beban kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah dengan berkata “Jika kita boleh memberi roti dan makanan bernilai RM30 kepada seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk dan mempunyai lima anak orang setiap hari, ini bermakna dia akan dapat menyelamatkan jumlah wang itu untuk keluarganya”.

Kredit: The Mole

Pada tahun lalu, dianggarkan bahawa kerajaan terdahulu telah mendedahkan bahawa di purata 700,000 kilogram makanan telah dibuang pada setiap hari di Pulau Pinang. Secara umumnya, makanan yang dibuang ini merupakan penyumbang utama kepada hasil sisa pepejal, dan ia dipercayai datang daripada restoran, hotel dan syarikat katering.

Sumber: World of Buzz, The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds