Satu entiti yang dikenali sebagai ‘Mothman’ atau ‘lelaki kupu-kupu’ telah dilihat berkali-kali di Chicago. John Amitrano, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di The Owl di bandar itu, menyaksikan kelibat ‘Mothman’ sedang terbang di udara.

Dia memberitahu VICE:

“Saya melihat pesawat terbang, tetapi terdapat sesuatu yang pelik telah menarik perhatian saya. Ia tidak kelihatan seperti kelawar seperti apa yang ditunjukkan oleh ilustrasi gambar, dan bentuk sayapnya kelihatan lain. Saya tahu bagaimana rupa burung dan kelawar. Makhluk ini tidak mempunyai sebarang bulu, dan caranya terbang tidak seperti apa yang pernah saya lihat.”

Kredit: @KatyAndNews/Twitter

Apa yang dilihat oleh Amitrano pada malam itu adalah salah satu daripada 55 penemuan yang dilaporkan di kawasan Chicago pada tahun 2017. Lon Strickler, yang telah menerbitkan sebuah buku mengenai fenomena ini, dihubungi oleh Amitrano.

“Penemuan atau penampakan ini dianggap sebagai bersejarah kerana berlaku di kawasan bandar dan terdapat banyak penampakan dilaporkan dalam satu tempoh,” katanya.

“Makhluk-makhluk ini kurang agresif daripada yang ditemui di Point Pleasant. Saya percaya secara keseluruhannya terdapat hanya satu penemuan di kawasan Point Pleasant yang dilihat sepanjang tempoh tersebut. Saya fikir mereka adalah makhluk yang bukan berasal dari dunia ini, ” tambahnya.

VICE juga menghubungi seorang ahli psikologi dari University of Chicago, Dr. David A. Gallo, yang berkata:

“Ia adalah sampel terpilih. Apabila orang memilih untuk melaporkan penampakan, asas data di mana penyelidik paranormal anda mengumpul semua laporan diri, ” katanya melalui panggilan telefon. Dia tidak bertemu orang secara rawak dan bertanya sama ada mereka melihat ‘Mothman’ – dia hanya mengira bilangan orang yang secara sukarela datang ke hadapan untuk melaporkan penampakan itu.

“Begitu banyak perkara yang boleh menjadi faktor-faktor yang berbeza mengapa ramai yang melaporkan penampakan ini. Terdapat fenomena di mana pada dasarnya ada pengalaman sebenar yang menyaksikannya, tetapi jika terdapat lubang atau jurang dalam pengalaman asal, kadang-kadang minda tidak dapat mengisi jurang,” tambahnya.

Sumber: VICE, UNILAD

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds