Maraton adalah antara sukan yang dikira cukup mencabar. Selain kekuatan fizikal, setiap peserta perlu memiliki ketahanan mental yang kuat demi menamatkan satu perlumbaan pada jarak yang sangat jauh.

Menurut Apple Daily, satu perlumbaan maraton telah dianjurkan oleh Iwatani Industrial di Tokyo Jepun pada 21 Oktober lalu. Di sinilah kekuatan mental salah seorang peserta perempuan yang dikenali sebagai Ida Rei tercabar berbanding peserta lain.

Ini kerana, ketika dia menghampiri ke garisan penamat, dia telah terlanggar oleh peserta lain menyebabkan dia jatuh tersungkur dan tidak mampu untuk bangun dan meneruskan larian.

Kredit: Youtube

Namun begitu, Ida ternyata tidak berputus asa kerana dia tidak mahu mengecewakan rakannya yang sedang menunggu untuk menyambut baton dari tangannya supaya dapat meneruskan perlumbaan.

Dengan berbaki 250 meter sahaja dari tempat rakan sepasukannya menunggu, Ida nekad untuk meneruskan perlumbaan dengan merangkak. Ya, dia merangkak!

Kredit: Youtube

Ida merangkak di atas jalan raya yang panas itu dengan sepantas mungkin tanpa mempedulikan tangan dan lututnya yang luka dan berdarah.

Semua penonton dan krew maraton memberikan semangat kepada Ida. Tiada kata yang dapat diluahkan apabila dia berjaya menyerahkan baton tersebut kepada rakannya. Hanya linangan air mata yang membasahi wajahnya.

Kredit: Youtube

Walaupun pasukannya kalah akibat dia terjatuh, namun masing-masing tidak menyalahkannya kerana mereka tahu dia sudah cedera.

Apa yang memeranjatkan ialah, sebaik sahaja doktor memeriksanya, doktor mendapati tulang tibia kanannya patah dan disebabkan itu, Ida memerlukan rehat selama tiga bulan untuk kembali pulih.

Ida benar-benar telah berkorban dan semangat kesukanannya yang begitu tinggi ini memang wajar dihargai dan dicontohi. Syabas Ida! Semoga proses pemulihan Ida berjalan dengan lancar.

Kredit: Youtube

SUMBER: WORLD OF BUZZYoutube, Apple Daily

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds