KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan bakal melancarkan penggunaan buku teks digital kepada semua pelajar sekolah menengah bermula tahun 2019.

Menurut laporan Sinchew, cadangan ini dilakukan bertujuan untuk membantu meringankan beban beg yang perlu dibawa oleh para pelajar ke sekolah.

Teo memaklumkan bahawa perancangan ini masih di peringkat perbincangan namun para pelajar boleh memilih sama ada mahu menggunakan buku teks seperti biasa atau buku teks digital.

Kredit: Free Malaysia Today

Antara perbincangan yang dibuat adalah untuk menentukan sama ada tablet untuk membaca buku teks digital ini akan disediakan oleh pihak sekolah, dibeli sendiri oleh pelajar atau pun sekiranya terdapat kaedah lain untuk melaksanakan rancangan tersebut.

Pihak kementerian juga akan menaik taraf penggunaan buku teks digital bagi menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih interaktif. Hal ini demikian kerana isi kandungan buku teks digital yang digunakan pada masa ini lebih bersifat asas dan mengandungi fail PDF yang mungkin akan membosankan pelajar.

Untuk itu, Teo menyatakan bahawa penggunaan buku teks interaktif mungkin bakal dilaksanakan sepenuhnya hanya pada tahun 2020.

Pelaksanaan penggunaan buku teks digital ini hanya akan diperkenalkan kepada pelajar sekolah menengah sahaja memandangkan penggunaan alat elektronik yang berlebihan mampu memberikan impak negatif kepada pelajar sekolah rendah.

Kredit: South China Morning Post

“Kami akan mula benarkan semua pelajar untuk memuat turun buku teks digital asas untuk menentukan penggunaan dan penerimaan terhadap rancangan ini.”

Memetik laporan The Star, sebanyak 313 buku teks akan disediakan dalam bentuk digital melalui laman 1BestariNet.

Sumber: SinchewThe Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds