Bagi sesetengah orang, dengan memakan makanan ringan atau snek di waktu malam itu bagai satu mimpi ngeri kerana ia boleh menambah berat badan dan memberi kesan kepada tahap kesihatan. Namun begitu, mereka patut mengetahui tidak salah sekiranya makanan bergula dan berlemak seperti roti canai, donut, burger atau sosej itu digantikan dengan makanan ringan yang sihat seperti keju dan bertih jagung.

Di bawah adalah 9 snek atau makanan ringan yang menyihatkan dan tidak memudaratkan kesihatan dan tubuh badan, untuk dimakan walaupun di waktu malam.

#1. Keju

Kredit :  Depositphotos

Para saintis dari Harvard memberi amaran bahawa makan berlebihan di waktu malam akan memberi kesan kepada tidur yang berkualiti. Oleh itu mereka menasihatkan supaya hanya menjamah makanan ringan yang menyihatkan di waktu malam, seperti beberapa keping keju yang cepat mengenyangkan dan ia juga mudah untuk dihadam dalam jangka masa yang singkat.

#2. Dadih atau yogurt

Kredit : Eat This, Not That

Menurut pakar pemakanan, dadih atau yogurt sangat berkhasiat dan sempurna dijadikan sebagai snek malam kerana ia tidak mengandungi kandungan lemak yang banyak tetapi mengandungi kandungan protein. Menurut kajian, kandungan protein di dalam yogurt akan membuat anda berasa kenyang dan membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori pada waktu siang.

#3. Biskut kraker gandum

Kredit :  Depositphotos

Dengan memakan kraker gandum di waktu malam, ia masih menyihatkan kerana tidak akan mengganggu tidur anda. Biskut kraker mengandungi kandungan karbohidrat yang akan membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama.

#4. Bertih jagung

Kredit :  Depositphotos

Pakar nutrisi, Erika Kannall menasihatkan bagi mereka yang masih mahu memakan snek pada waktu malam supaya memakan semangkuk bertih jagung tanpa garam. Snek ini amat menyihatkan dan tidak akan mengganggu dan memberi kesan kepada bentuk tubuh badan anda. Anda boleh menambah sedikit serbuk lada sulah atau bawang putih jika ingin menambah perasa pada bertih jagung.

#5. Telur

Kredit :  Depositphotos

Sebiji telur yang direbus hanya mengandungi 75 kcal dan ia boleh menjadi makanan sempurna untuk dimakan sebagai snek malam. Menurut Erika Kannall, snek malam seperti ini akan membuat anda berasa kenyang sehingga tiba waktu pagi disamping dapat mengurangkan berat badan.

#6. Sayur-sayuran

Kredit :  Depositphotos

Sekiranya anda selalu terbangun pada waktu malam kerana mahukan snek malam, apa kata anda membuat snek malam yang menyihatkan seperti salad sayur-sayuran yang telah disediakan lebih awal. Snek salad sayuran mengandungi karbohidrat yang boleh membuat anda berasa kenyang sehingga bangkit di waktu pagi.

#7. Sos epal dengan serbuk kulit kayu manis

Kredit :  Depositphotos

Pakar pemakanan sihat, Karen Borsari menyarankan sos epal dan serbuk kulit kayu manis kepada mereka yang mahu menikmati snek malam dengan sedikit rasa manis. Anda juga boleh menambah hidangan dengan sedikit raisin. Hidangan ini bukan sahaja akan menghilangkan keinginan anda untuk memakan hidangan berlemak dan manis seperti aiskrim dan donut, tetapi menurunkan kadar orexin di dalam tubuh badan yang membuat anda sering terjaga di waktu malam untuk makan.

#8. Segelas jus ceri

Kredit :  Depositphotos   /Depositphotos

Walaupun jus ceri asli tidak akan membuat anda berasa kenyang, tetapi kajian yang dilakukan mendapati minuman jus ceri mampu memberi kesan positif kepada tubuh badan untuk mendapatkan tidur berkualiti dan menyihatkan.

#9. Pisang

Kredit :  Depositphotos

Disamping dengan memakan pisang, ia akan dapat dihadam dengan pantas, anda juga akan dapat tidur dengan nyenyak kerana pisang mengandungi kandungan potassium dan magnesiun untuk membuat diri menjadi tenang. Pisang juga mengandungi kandungan melatonin yang mampu meningkatkan kualiti tidur.

Sebagai tambahan, anda patut mengelakkan makanan ringan atau snek malam seperti di bawah :

1. Makanan seperti roti dan makanan bergula kerana ia akan menambah berat badan.

2. Minuman alkohol kerana ia akan menyejat air di dalam badan dan menyebabkan demam di waktu pagi. Alkohol juga akan membuat anda sering terbangun di waktu malam untuk membuang air.

3. Makanan pedas dan bergaram akan membuat anda terjaga untuk meminum banyak air. Dan anda akan mendapati diri berasa sukar untuk tidur selepas itu.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds