LEICESTER – Pengerusi dan pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha disahkan maut dalam insiden helikopter terhempas di tempat letak kereta bersebelahan stadium kelab berkenaan pada Sabtu lalu (27 Oktober).

Kredit: Tribun-Medan.com

Menurut sumber terdekat keluarga pemilik kelab tersebut, selain Vichai terdapat empat lagi individu yang turut berada dalam helikopter berkenaan iaitu dua juruterbang; Eric Swaffer dan Izabela Lechowicz serta dua pekerja Vichai, Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare.

Vichai bergambar bersama pasukan bola sepak wanita Thailand

Kredit: The Guardian

Beberapa saksi turut menceritakan bagaimana helikopter itu naik dengan sempurna di atas stadium sebelum ia hilang kawalan dan mula berpusing-pusing lalu terhempas ke bawah.

Kredit: News.com.au

“Tidak berapa lama selepas itu ia terhempas seperti batu jatuh ke lantai. Mujur ia hanya berpusing seketika dan semua orang sempat menyelamatkan diri. Setahu kami, tiada orang di tempat letak kereta itu yang terbabit dengan insiden berkenaan,” kata John Butcher yang turut berada berhampiran stadium semasa kejadian.

Helikopter milik Vichai mendarat di King Power pada tahun 2017

Kredit: Mike Egerton/PA

Sementara itu, Anutin Charnvirakul, pemimpin parti politik Bhumjai Thai menggambarkan Vichai sebagai ‘seorang lelaki yang bekerja keras dan disayangi rakan-rakan’.

“Saya pernah beritahu dia saya sangat gemar menunggang kuda dan keesokan harinya, seekor kuda yang cantik telah dihantar kepada saya… Itulah Vichai. Kita baru sahaja kehilangan insan yang pernah memberikan sumbangan besar kepada rakyat. Saya pasti legasinya akan diteruskan.”

Kredit: Aaron Chown/PA

Pada masa yang sama, wakil kelab bola sepak Leicester City turut mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa ‘dunia telah kehilangan seorang lelaki hebat’.

Pihak polis memaklumkan akan menyiasat dengan lebih terperinci mengenai punca tragedi tersebut berlaku dan proses ini dijangka akan mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan.

Peminat di luar bangunan hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang

Kredit: ScoreScan

Sumber: The GuardianBH Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds