BANGKOK – Malaysia dan Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan selama 24 jam setiap hari. Berita baik ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 24 Oktober 2018 semasa lawatan rasmi ke Thailand.

The Malay Mail melaporkan kerajaan juga akan membina dua jambatan yang akan menghubungkan Kelantan dengan sempadan di Thailand. Pembinaan dua jambatan ini dijangka akan merancakkan lagi hubungan perdagangan di antara kedua-dua negara.

Kredit : The Malay Mail

Tun Dr.Mahathir menjelaskan perkara ini semasa sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha, yang diadakan di Rumah Kerajaan Thailand di Bangkok, Thailand.

Tun Dr. Mahathir menegaskan, perdagangan dengan Thailand merupakan satu rangsangan yang amat perlu bagi ekonomi negara. Oleh itu, Putrajaya akan mengambil langkah bagi memastikan projek yang dirancang menemui kejayaan walaupun mengalami beberapa masalah dengan jajaran jalan raya.

 

Kredit : New Straits Times

Bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar tersebut, Tun Dr.Mahathir berkata, “Kita akan melihat kepada semua pintu masuk sempadan, contohnya di Bukit Kayu Hitam, warga Thailand mungkin akan dipermudahkan kemasukan mereka, membawa barang dagangan ke Malaysia, dan begitu juga sebaliknya di Thailand.”

Katanya, “Bagi memastikan perkara ini dilakukan, kita akan beroperasi di pintu masuk sempadan selama 24 jam setiap hari, supaya tidak akan berlaku sebarang kelewatan apabila barang perniagaan dibawa.”

Kredit : Carlist / Gambar Hiasan

Tun Dr. Mahathir juga menambah, jambatan baru akan dibina di dua tempat spesifik di Kelantan, iaitu di Pengkalan Kubor dan Sungai Golok.

Persetujuan ini dicapai berikutan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman pada 13 Oktober 2018 yang berkata, kerajaan Thailand belum bersedia membuka pintu sempadan selama 24 jam setiap hari bagi urusan perdagangan di Kompleks Imigresen, Kastam , Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.

Untuk makluman, sempadan Thailand-Malaysia dibuka selama 18 jam setiap hari. Sebagai contoh, pintu masuk sempadan Padang Besar- Thailand hanya beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Kredit : Love Pattaya Thailand / Gambar Hiasan

Pada tahun 2017, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membuka semua sempadan bermula Januari 2019 bagi memberi kemudahan perniagaan merentas sempadan. Kerajaan juga berniat membuka sempadan untuk meningkatkan aktiviti pelancongan dan mengurangkan kesesakan trafik yang berlaku setiap hari di kompleks.

Perjanjian kedua-dua negara ini dilihat akan merancakkan lagi kegiatan perdagangan dan aktiviti pelancongan yang akan meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara. Namun begitu, kerajaan Malaysia dan Thailand juga perlu mengambil langkah aktif dalam memantau dan menangani aktiviti jenayah seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia yang sering berlaku di sempadan.

Sumber : The Malay Mail, New Straits Times , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds